Kadar ini ada sedikit perbezaan dengan jadual kadar baru saman PDRM yang pernah saya terbitkan pada tahun 2011. Hmm .. bukan sedikit, tetapi agak besar juga perbezaannya. Anda boleh buat perbandingan sendiri nanti. Namun, sukacita saya nak kongsikan kadar kompaun saman trafik terkini yang telah diselaraskan untuk tiga organisasi dan jabatan penguatkuasa ini iaitu PDRM, JPJ dan DBKL.
Kadar Kompaun Saman Trafik PDRM, JPJ, DBKL

Kadar kompaun saman trafik ini akan meningkat mengikut bilangan hari ia lewat diselesaikan iaitu 1-15 hari, 16-30 hari, dan 31-60 hari. Seandainya kompaun saman trafik tidak dibayar lebih dari 60 hari, waran tangkap akan dikeluarkan, dan pesalah mungkin dihadapkan ke mahkamah.
Kadar Kompaun Asal Saman Trafik PDRM, JPJ dan DBKL
Kesalahan | Kadar Kompaun Asal |
---|---|
Lampu Isyarat Kenderaan | RM100 |
Larang Letak Kenderaan | RM150 |
Larang Memotong | RM150 |
Tidak Pakai Topi Keledar | RM100 |
Melebihi Had Laju | RM150 |
Tak Pakai Talipinggang Keledar | RM150 |
Tiada Lesen Kenderaan Motor | RM150 |
Pandu Guna Alat Komunikasi | RM150 |
Tidak Pamer "P" Depan/Belakang | RM70 |
Potong Secara Bahaya-Potong Q | RM150 |
Memandu Di Lorong Kecemasan | RM300 |
Kesalahan Lampu Merah | RM150 |
Halangan Lalulintas | RM150 |
Tak Boleh Buat Pusing U | RM150 |
Kadar Kompaun Saman Trafik Bersandarkan Kepada Kategori Kesalahan
Semua informasi ini adalah benar semasa post ini diterbitkan, dan menjadi rujukan asas sahaja untuk kesalahan biasa yang dilakukan. Kadar kompaun saman mungkin berbeza mengikut jumlah kesalahan yang dilakukan.
Sumber: Laman Interaktif Trafik PDRM
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.