Tetapi sebelum itu, sedikit info penting yang harus anda ketahui. Baca elok-elok supaya anda tidak menjadi mangsa kepada penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang mungkin mahu memanipulasi info berkaitan permohonan projek PR1MA atau kediaman Perumahan Rakyat 1Malaysia ini.
12 Projek PR1MA Baru Dibuka 2016


Sesiapa sahaja yang layak dan penuhi syarat am iaitu pendapatan dari RM2,500 - RM10,000 boleh memohon bagi mendapatkan kediaman PR1MA ini, namun begitu setelah berjaya memiliki perumahan ini, pemilik kediaman harus mendiami kediaman PR1MA dan dikenakan morotarium selama 10 tahun. Ini bermakna, pemilik tidak boleh menjual, menyewa, atau menukar hak milik kediaman PR1MA yang telah dimiliki selama tempoh 10 tahun.
Senarai 12 Projek PR1MA Baru Dibuka 2016

- PR1MA @ Alor Gajah (Alor Gajah, Melaka)
- PR1MA @ Klebang 2 (Melaka Tengah, Melaka)
- PR1MA @ Tanjung Kling 1 (Melaka Tengah, Melaka)
- PR1MA @ Falim (Ipoh, Perak)
- PR1MA @ Gopeng (Gopeng, Perak)
- PR1MA @ Sungai Raia (Simpang Pulai, Perak)
- PR1MA @ Tapah (Tapah, Perak)
- PR1MA @ Simpang Kuala (Tanah Rizab Melayu) (Alor Setar, Kedah)
- PR1MA @ Sungai Ular (Kulim, Kedah)
- PR1MA @ Batu Rakit (Tanah Rizab Melayu) (Kuala Terengganu, Terengganu)
- PR1MA @ Lubok Jong (Tanah Rizab Melayu) (Pasir Mas, Kelantan)
- PR1MA @ Ranggu (Tawau, Sabah)

Pendaftaran dan permohonan boleh dilakukan di sini - PR1MA - Rumahku, Komunitiku
Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan ialah:
- Borang EA/B (Cukai LHDN)
- Penyata Bank
- Penyata EPF
- Salinan Kad Pengenalan
- Slip Gaji
- Surat Pengesahan Majikan
Jadi, saya sarankan anda scan dokumen-dokumen terbabit, tukarkan ia kepada fail bentuk pdf atau jpg. Atau anda boleh muat turun sahaja fail-fail berkenaan daripada sumber - contohnya Borang EA dari laman web LHDN, Penyata Bank dan online banking, Penyata EPF dari laman web KWSP dan juga mungkin slip gaji dari fail majikan.
Untuk salinan kad pengenalan dan mungkin surat pengesahan majikan, anda perlu scan dan jadikan dalam bentuk fail yang boleh dimuat-naik ke laman web PR1MA.
Saya harap informasi ringkas ini membantu mereka yang masih belum memiliki rumah sendiri untuk mendapatkan kediaman idaman.
Nice info :)
ReplyDeletesy dpt tawaran utk ke pemilihan unit PR1MA di sungai petani pada 5jun.tetapi masalahnya sekarang saya bekerja di Labuan dan tiada wakil di kg utk ke sesi pemilihan unit.apa perlu saya buat yer
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.