Oh ya, untuk memberikan mood untuk rasa mahu tonton movie best ini, saya juga sediakan video trailer setiap filem best yang bakal ditayangkan ini. Anda pasti teruja sepertimana saya dan anak-anak yang memang kaki movie ....
10 Movie Best Bakal Tayang 2016
Berikut adalah senarai 10 filem yang dirasakan best dan akan menggegarkan panggung dan pawagam seluruh dunia pada tahun 2016. Semoga anda enjoy dengan trailer setiap filem ini yang saya kongsikan. Mana yang paling menarik untuk anda? Jangan lupa kongsikan pendapat di ruangan komen.
Batman v Superman : Dawn of Justice

Captain America - Civil War

Deadpool
Sebuah filem yang mengisahkan mengenai seorang lelaki yang mengidap kanser ditukarkan menjadi seorang superhero hebat bernama Deadpool. Lagi watak adiwira Marvel diperkenalkan ke dunia layar filem. Sebuah filem yang pada saya cool dan bakal seronok ditonton, malah anak-anak saya juga planning untuk tonton filem ini kelak. Bakal menemui peminat filem adiwira pada bulan Februari 2016.
X-Men - Apocalypse
Lagi filem yang diadaptasi dari komik Marvel. X-Men sentiasa ada yang baru. Sebagai salah seorang peminat cerita fiksyen, saya menantikan tayangan filem ini. Filem X-Men 2016 bakal menampilkan ramai pelakon baru, dan agak mengecewakan anda tidak akan jumpa watak Wolfverine dalam filem yang akan menggegarkan pawagam 2016 ini. Filem ini akan memberikan impak yang agak berlainan dari siri cerita X-Men sebelum ini.Warcraft
Ini memang awesome. Saya sendiri adalah peminat permainan Warcraft, jadi filem ini bakal masuk dalam list must watch movie untuk tahun 2016. Ini bukan pertama kali permainan direalisasikan ke panggung. Tahun 2015 menampakkan kejayaan Pacman, dan akan datang lebih banyak filem seperti Warcraft akan menemui peminat di layar perak. Warcraft menampilkan kehidupan dua golongan iaitu manusia dan Orcs dalam perebutan tanah, disamping perlu berhadapan dengan musuh yang akan menghapuskan kewujudan mereka. Filem best 2016 ini bakal ditayangkan sekitar bulan Mac 2016.

Gods of Egypt
Satu lagi movie fantasi berdasarkan kisah dongeng dan sejarah ketamadunan Mesir. Gods of Eygpt berkisar cerita perbalahan baik dan buruk, antara pemerintah jahat bernama Set yang ditentang oleh seorang anak muda, seorang pencuri. Filem ini dijangka ditayangkan pada 26 Februari.
The Legend of Tarzan
Satu lagi cerita lagenda yang dibawakan ke layar perak, kali ini dengan lebih kesan khas, lebih menarik dan pastinya akan lebih best. Sejak kecil, saya dimomokkan dengan kisah Tarzan ini. Jadi, pastilah filem yang bakal ditayangkan sekitar Julai 2016 ini akan menjadi filem gegar panggung bagi saya. Malah, anak-anak saya juga teruja dengan The Legend of Tarzan. Anda akan dapat melihat lebih banyak aksi haiwan, dan kali ini ... anda tidak melihat Tarzan dengan pakaian hanya bercawat!
The Jungle Book
Satu lagi kisah lagenda yang sering diceritakan kepada anak-anak kecil seluruh dunia iaitu The Jungle Book. Filem aksi kehidupan seorang budak di dalam hutan yang berkawan dengan beruang besar, harimau kumbang, dan gorilla. Ia sebuah filem terbitan Walt Disney yang pasti akan mengasyikkan.
The Angry Birds Movie
Setiap tahun pasti akan ada satu filem animasi yang best. Kali ini, saya dan anak-anak teruja untuk menonton filem The Angry Birds Movie. Filem yang membawa kisah Red - Angry Bird berwarna merah menjalani satu fasa untuk mengurangkan rasa marah. Banyak aksi lucu ditonjolkan dalam filem ini, pasti ia akan menarik perhatian anak-anak dan mereka yang ketagih dengan permainan yang popular di dalam aplikasi online Android ini.Fantastic Beasts and Where to Find Them
Seandainya anda seorang peminat filem Harry Potter, anda mungkin tidak mahu lepaskan peluang untuk menonton filem ini yang mengisahkan mengenai kehidupan ahli sihir dan makhluk ghaib. Mendapat sentuhan daripada penulis J.K Rowlings, filem ini pasti akan menggegarkan panggung dan pawagam seluruh dunia. Ia dijangka ditayangkan pada November 2016. Filem Fantastic Beasts and Where to Find Them pasti menarik.
Amacam? Teruja tak dengan 10 movie dan filem best yang saya senaraikan untuk tahun 2016 ini. Ada beberapa lagi filem best yang akan menemui penonton di tahun 2016 di pawagam, kebanyakkan adalah filem aksi dan diadaptasi daripada komik, permainan video, dan beberapa filem adalah siri sambungan filem terdahulu.
Daripada 10 filem di atas, yang manakah satu filem yang benar-benar anda ingin tonton di tahun 2016. Kongsikan sedikit di ruangan komen ... :)
tak sabar nak tengok XMEN dengan Fantastic Beasts and Where to Find Them!
ReplyDeleteHmmm ... banyak filem fantasi tahun ni .. :)
Deletesaya tunggu filem Fantastic Beasts and Where to Find Them. Tak sabar nak tengok. Filem lain tu pun tak kurang menariknya
ReplyDeletebest bro artikel ni, thank you :D
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah dan baca entri ni.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**