Tentu ramai yang nak tahu
10 carian tertinggi Google Malaysia untuk tahun 2015. Al maklumlah, sekarang ni ramai dah pandai gunakan Google untuk mencari maklumat dan info, segalanya dah tersedia dalam telefon pintar. Taip je dalam kekotak Google yang ada dalam telefon pintar Android, maka akan keluarlah hasil carian.
10 Carian Tertinggi Google Malaysia 2015
Antara carian paling popular dalam Google Malaysia untuk tahun 2015 ialah
aplikasi WhatsApp Web,
GST dan juga
Bersih 4.0. Carian paling tinggi dan paling dicari untuk tahun 2015 ialah
HRMIS 2,
BR1M 2015 dan laman web How-Old.net.
Rakyat Malaysia juga banyak mencari informasi mengenai rancangan hiburan, dan 3 rancangan hiburan atau filem yang termasuk paling popular Google Malaysia 2015 ialah Maharaja Lawak Mega, filem Fast & Furious 7 serta drama Hati Perempuan.
Tempias pencarian popular Hati Perempuan ini turut menjadikan pelakon cantik Mia Ahmad antara top 5 carian untuk kategori perorangan (person) di dalam
Google Malaysia.
Kejatuhan nilai ringgit juga menyumbang kepada pencarian tertinggi di dalam Google Malaysia. Ramai yang mencari nilai tukaran 1 USD ke MYR dalam tahun 2015 ini.
Berikut adalah top 10 carian tertinggi Google Malaysia 2015:
Ramai yang cari Usd ni nak buat tukaran bila RM jatuh sekarang ni.
ReplyDeleteSaya tak minat rancangan no 4 tu. Rupanya ramai yang tengok yea.
ReplyDeleteSiapa yang ada Astro je .. :) saya pun tak tgk gak sbb tak ada Astro
DeleteHRMIS tu popular sebab sekarang govt staff nak aplly cuti ke nak buat penilaian akhir tahun semua kena guna HRMIS. Saya pun atara yang akan cari aplikasi HRMIS guna google juga..
ReplyDeleteCarian ni memang banyak dalam google.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.