Tempoh Sah Laku SPA8i Terkini
Dalam satu makluman yang dibuat oleh pihak SPA, tempoh sah laku untuk pendaftaran memohon kerja menerusi SPA8i telah dipendekkan dari 5 tahun kepada hanya 1 tahun sahaja. Ini bermakna, setiap tahun, mereka yang mahu mendapat peluang kerjaya di sektor awam perlu mengemaskini butiran di SPA8i yang boleh diakses secara online di portal rasmi SPA.
Syarat Terkini Permohonan Kerja Menerusi SPA8i Online
- Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:
(a) Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun;
(b) Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja;
(c) Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:- Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
- Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
- Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
- Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar permohonan sebelum atau pada 30 November 2015.
Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) boleh dilakukan menerusi salah satu daripada pautan di bawah ini:
Saingan untuk mendapatkan kerjaya dan jawatan dalam sektor perkhidmatan awam memang tinggi, jadi langkah SPA ini bertujuan untuk membolehkan hanya calon-calon serius yang berminat untuk berkhidmat sahaja disenaraikan samada untuk panggilan peperiksaan mahupun temuduga.
Semua panggilan berjaya untuk peperiksaan dan temuduga tidak lagi dimaklumkan menerusi surat-menyurat, tetapi menerusi email dan sms; maka pastikan butiran ini dikemaskini dengan betul dan terkini.
Untuk tips berkaitan kerjaya lepasan graduan, tips peperiksaan online serta temuduga, anda boleh ikuti blog iKerjayaGraduan.com untuk info tersebut.
Semoga perkongsian ini dapat disebarkan untuk beritahu mereka yang telah daftar di SPA8i agar kemaskini sebelum 30 November 2015. #SharingIsCaring.
Jangan lupa untuk follow ... hanya klik butang di bawah ini.
jom kemaskini
BalasPadamIngat, kena kemaskini data dalam SPA8i sebelum 30 November 2015...
Padamada perasan bulan lepas masa nak kemas kini..hihihi
BalasPadamSetahun ok lah tu takde le jem dengan database kat SPA tu..atleast dalam setahun tu mesti yang dah struggle cari kerja atau dah dapat kerja..tapi kalau 5 tahun tu silap2 org tu dah beranak 3 kot sebab dah dapat kerja less dari setahun apply SPA ni..
BalasPadamAlhamdulillah perubahan yang sangat positif dan membantu..amin..tq HH share.. :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.