Tech Kingdom. Ia merupakan sebuah majalah digital interaktif terbaru yang boleh anda perolehi secara percuma menerusi Google Play dan juga AppStore. Sejak saya diperkenalkan dengan majalah digital ini pada bulan Oktober 2015, saya sudah tertarik hati. Malah, saya telah muat turun edisi sebelum ini yang turut tersedia untuk dibaca.

Dan kerana ianya sangat best maka saya fikir anda juga patut mendapatkan majalah ini dan memuatkan ke dalam peranti mudah alih anda. Ikuti review ringkas saya mengenai Tech Kingdom, majalah digital interaktif yang sangat berinformatif dengan fakta terkini serta persembahan menarik.

Tech Kingdom - Majalah Digital Interaktif Berinformatif Terkini

Tech Kingdom adalah sebuah majalah digital terbitan kumpulan NSTP. Ia memaparkan artikel, cerita, animasi, video dan info yang sangat menarik dan terkini mengenai gajet, aplikasi terbaharu, permainan online serta fotografi.

Tech Kingdom - Majalah Digital Interaktif Berinformatif Terkini

Kisah Aril Gila Gajet Dalam Edisi Tech Kingdom November 2015

Untuk paparan edisi bulan November 2015, anda akan disajikan dengan kisah Aril, seorang selebriti terkenal Malaysia yang gila gajet. Perghh .. memang banyak gajet canggih yang dimiliki oleh si Aril ini. Saya paling tertarik apabila selebriti ini menunjukkan gajetnya dan memberitahu akan kegunaannya - walaupun ada fungsi yang sama iaitu mengambil gambar. Saya fikir ... blogger terutamanya kena ambil tips yang dikongsikan dalam majalah Tech Kingdom berkaitan gajet.
Majalah Digital Percuma Tech Kingdom
Oh ya ... lupa nak berikan lebih info mengenai majalah digital yang bersifat interaktif ini. Aplikasi majalah Tech Kingdom ini boleh didapati secara percuma untuk platform Android dan iOS. Anda hanya perlu muat turun aplikasi ini sekali sahaja, tetapi jika mahukan edisi majalah keluaran terbaru, anda perlu buka aplikasi dan muat turun edisi yang anda mahu baca.

Ia akan dikemaskini setiap 16hb. Jadi untuk edisi terkini majalah Tech Kingdom, pastikan anda buka aplikasi dan 'update' senarai terkini edisi majalah ini dalam peranti anda.

Majalah Tech Kingdom

Segmen Utama Tech Kingdom

Majalah ini memaparkan beberapa segmen utama, iaitu:
  1. Gadget
  2. Aperture
  3. Daily Tech
  4. Apps
  5. Games
Setiap segmen ada kisah, cerita, info dan fakta menarik untuk diketahui. Ia dibawakan dalam bahasa Malaysia (setakat yang saya telah muat turun).

Majalah ini dipersembahkan dengan gaya santai, jadi anda boleh membaca dalam suasana relaks sambil menambah pengetahuan dan ilmu. Paling best ialah ada review yang cukup baik untuk gajet yang diketengahkan dalam setiap segmen.
Majalah digital online Tech Kingdom
Jika anda seorang yang sukakan fotografi dan gajet berkaitan dengannya, segmen Aperture memang wajib anda baca. Anda boleh lihat trend terkini berkaitan fotografi serta produk terbaik yang ada dalam pasaran. Jadi, bolehlah anda buat perbandingan dengan artikel yang sangat informatif.

Ruangan Apps pula paparkan maklumat mengenai aplikasi yang sedang trending. Untuk edisi November 2015, saya dapat tahu mengenai kelebihan Google Photos - yang telah membantu saya dalam menghasilkan artikel ini .... dan banyak lagi post-post bergambar di dalam blog ini.
Tech Kingdom - Majalah Digital Interaktif Berinformatif Terkini

Tak boring membaca Tech Kingdom! Untuk keluaran November 2015, ada video mengenai YouTube Space Tokyo. Jika nak tahu apa itu YouTube Space Tokyo, maka jangan teragak-agak untuk muat-turun aplikasi Tech Kingdom dan dapatkan siri majalah digital interaktif ini di dalam telefon pintar mahupun peranti mudah alih anda.

Kandungan Tech Kingdom Edisi November 2015

Ok. Edisi November 2015 Tech Kingdom memaparkan antara lain:
  • Review Canon Powershot N2 16.1 megapixels CMOS
  • 5 Laptop Untuk Permainan Paling Best 2015
  • Backup Dengan OTG (On-The-Go)
  • Kisah Menarik Clash Con
  • Cip Buatan Google
  • Review Mengenai Google Photos 
  • Perbandingan Antara iPad Pro Surface Pro
  • Aplikasi Yang Boleh Menjadikan Suara Sumbang Jadi Sedap
  • Game Metal Gear Solid 5: Phantom Pain
Dan banyak lagi ... rugi kalau tak baca .... boleh juga refer pada Facebook Tech Kingdom - dan jangan lupa untuk like ye.

Muat turun Tech Kingdom Percuma ini sekarang:

iOS: http://hmtro.com/TechKingdomAS
Android: http://hmtro.com/TechKingdomPS

Satu lagi produk digital berkualiti dari The New Straits Times Press (M) Berhad, subsidiari Media Prima Berhad.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dulu Majalah PC je ada gini..sejak ada blog + Youtube..majalah semakin dipinggirkan..itu yang buat dalam bentuk digital ye tak

    BalasPadam
  2. Aku still lebih prefer beli majalah.

    Aku dah xselalu online dah sekarang nih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement