Pekeliling Perkhidmatan Awam bertarikh 20 November 2015 tersebut adalah merupakan pekeliling khas bagi perlaksanaan keputusan kerajaan memberi Pemberian Khas Tahun 2015 kepada semua kakitangan awam Persekutuan.

Tarikh Pembayaran Pemberian Khas Kakitangan Awam 2015
Pemberian khas ini atau dianggap sesetengah pihak sebagai bonus kakitangan awam akan dilaksanakan pada 4 Januari 2016. Tarikh pembayaran pemberian khas tersebut adalah sehari selepas sessi persekolahan 2016/2017 dibuka di seluruh Malaysia.Pemberian khas yang akan diterima pada 4 Januari 2016 adalah seperti berikut:
- RM500 untuk semua kakitangan awam yang sedang berkhidmat, dan yang telah berkhidmat sehingga 31 Disember 2015.
- RM250 untuk pesara kerajaan yang menerima pencen.
Pegawai Yang Layak
Pegawai yang layak dibayar Pemberian Khas Tahun 2015 adalah seperti berikut:- Pegawai lantikan tetap, sementara, contract of service dan guru interim ;
- Pegawai yang bercuti separuh gaji;
- Pegawai yang bercuti tanpa gaji/dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta tetapi tidak sepanjang tahun 2015;
- Pemandu yang dilantik oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya ;
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan YA Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.
Untuk itu, sila rujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil 10/2015 di bawah ini untuk pemahaman lebih lanjut.
Semoga informasi ini dapat dimanfaatkan, terima kasih jika anda sudi kongsikan dengan rakan anda yang lain #sharingiscaring
tahniah pada yang dapat, swasta tak dapat :/
BalasPadamSemoga bonus yang diberikan dipergunakan sebaiknya :-)
BalasPadamsyukur alhamdulillah. ada juga tambahan sikit. terima kasih berkongsi maklumat HH :)
BalasPadamIni bukan bonus tapi pemberian khas je..kalau bonus tu kira makan atas gaji...mungkin dia carry forward ke tahun depan le kot..hehe..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.