Saya akui memang minat dengan Datuk Siti Nurhaliza. Malah, saya ada kisah tersendiri yang ada hubung-kait dengan beliau...haha. Saya rasa ada kot saya ceritakan kisah tu dalam blog ni, ianya kisah zaman masa belajar dulu, ketika Siti Nurhaliza baru nak dikenali dengan berduet bersama kumpulan 2By2.
Ketika itu, roomate sayalah yang paling obses dengan Siti Nurhaliza, dan saya pula seperti biasa, jadi rakan negatif .. hahaha... ada je benda tak kena saya komen pasal Siti Nurhaliza ketika itu, dan roomate saya ini pula beriya-iya sokong... sampailah saya kena Jerat Percintaan Siti Nurhaliza .. kah kah kah.
Tahniah Siti Nurhaliza Sah Mengandung !!

Ok. Berbalik pada kisah asal. Jika benar apa yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia mengenai kehamilan Datuk Siti Nurhaliza, maka ia bakal menggembirakan ramai peminat beliau yang memang menantikan kisah ini. Apatah lagi Datuk Siti dengan Datuk Khalid sudah lama berkahwin.
Semua orang tahu bahawa pasangan ini cuba untuk diam mengenai perkara ini. Tiada sebarang kenyataan mengiyakan mahupun kenyataan menafikan akan khabar angin (sebelum) ini. Jadi, boleh dikatakan apa yang tersiar dalam Utusan Malaysia itu boleh dianggap sah .. hoho.
Ada sumber mengatakan bahawa pasangan ini mencari waktu sesuai untuk umumkan berita gembira ini. Lagipun, usia kandungan masih lagi awal, dan banyak kemungkinan boleh berlaku dalam tempoh awal kehamilan ini.
Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu. Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil.
Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu. Tetapi dalam usia kandungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan.Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini.
Apabila sampai waktunya nanti, pada masa yang lebih sesuai, mereka akan tampil dan berkongsi berita baik itu dengan semua. Apa yang penting, kita semua memberikan doa agar Siti Nurhaliza yang kita sayangi sentiasa sihat dan melahirkan bayi sulungnya dengan selamat pada tahun depan.
Jadi, marilah sama-sama mendoakan agar impian pasangan popular Malaysia ini mendapat cahayamata termakbul. Sebagai seorang bapa, saya tahu bagaimana rasanya menerima cahayamata, dan pastinya ia merupakan antara saat-saat paling indah dalam hidup.
In Sha Allah, berkat doa semua peminat Datuk Siti, saudara-mara dan kenalan, Datuk Siti dan Datuk Khalid akan terima anak pertama tidak lama lagi. Amin.
Alhmdulillah
BalasPadamhaha..part susu kambing dan kurma buat aku tergelak skit :))
BalasPadamAlhamdulillah..seperti yang dijangka sebab jawapan dato ct kali ni agak lain sikit bila cerita pasal dia mengandung tersebar baru2 ni..
BalasPadamanazarin berbicara alhamdulillah kslau betul..sebab dia pun lama dah menunggu
BalasPadamalhamdulillah.alhamdulillah. alhamdulillah
BalasPadamsama samalah kita doakan yang baik baik buat mereka.. saya peminatnya hikhiks :)
alhamdulillah.alhamdulillah. alhamdulillah
BalasPadamsama samalah kita doakan yang baik baik buat mereka.. saya peminatnya hikhiks :)
Alhamdulillah, tahniah buat siti.. Dah lama menanti kan..")
BalasPadamAmin...moga Allah permudahkan urusan DS dan DK..
BalasPadamalhamdullilah bgus la tu...
BalasPadamKihkih..kutuk2 mber terjerat gk..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.