Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997. Antara projek yang mendapat kejayaan dan mendapat sambutan ialah Rumah Mesra Rakyat, dan program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) adalah salah satu dari cabang projek SPNB.
Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

3 Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB
Projek RMR1M bawah SPNB menawarkan 3 kategori atau jenis rumah mengikut keluasan. Harga rumah pula bermula dari RM45,000 sehingga RM65,000 dengan diberikan subsidi kerajaan pada kadar 2% daripada faedah pinjaman perumahan.[Baca] Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNBKategori rumah paling selesa ialah pada keluasan 1,000kps dengan harga maksima RM65,000 seunit dengan subsidi kerajaan sebanyak RM20,000. Untuk info, program ini juga diadakan secara berkelompok (RMR1M Berkelompok) di kawasan-kawasan ADUN tertentu.
Kategori 1 - Rumah Sesebuah 1 Tingkat Keluasan 1000 Kaki Persegi

Kategori 2 - Rumah Sesebuah 1 Tingkat Keluasan 850 Kaki Persegi

Kategori 3 - Rumah Sesebuah 1 Tingkat Keluasan 700 Kaki Persegi

Syarat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB
Untuk memohon skim perumahan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia dibawah kendalian SPNB, pemohon mestilah memenuhi kriteria dan syarat am di bawah:- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 hingga 65 tahun*.
- Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
- Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
- Pemohon mesti tuan punya tanah dan/atau salah seorang tuan punya tanah bersama dalam geran/suratan hakmilik.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan keatasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
- Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.
* Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43
tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan
penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi kawasan pulau
* Bagi pemohon dari Sabah,
Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang
berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu)
Jika anda perasan, syarat di atas telah dipinda daripada syarat asal permohonan terutama untuk syarat pemilikan tanah. Sebelum ini, syarat agak ketat kerana hanya pemilik tanah sahaja boleh memohon projek atau skim RMR1M.
[Ads] Kerja sampingan dan sambilan, lakukan hanya di depan komputer. Klik pautan ini untuk akses kepada ribuan kerja online yang bayar USD untuk setiap kerja. Minima - SPM.Sehingga entri ini ditulis, sebanyak 34,043 unit Rumah Mesra Rakyat telah siap dibina oleh SPNB di seluruh Malaysia - termasuklah yang telah diduduki oleh pemohon.

Cara Membuat Permohonan
Untuk membuat permohonan skim atau projek Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia ini, anda boleh mendapatkan borang permohonan di Pejabat Wakil Rakyat atau ADUN di kawasan masing-masing. Borang lengkap perlu dimajukan dan diserahkan ke mana-mana pejabat cawangan SPNB berdekatan.Contoh Rumah Skim atau Projek RMR1M
Berikut adalah beberapa contoh rumah mesra rakyat yang telah siap dan diduduki untuk tahun 2015.
Untuk maklumat terkini dan lanjut, anda boleh semak di laman web SPNB Rumah Mesra Rakyat:
Laman Web Rumah Mesra Rakyat SPNB
elok jugak rumah dia
BalasPadamMemang nampak luas dan selesa ....:)
Padamlook great
BalasPadamAdik saya pun ada memohon rumah mesra rakyat ni tapi belum tahu keputusan lagi...lama juga ya nak tahu keputusannya
BalasPadamSetiap kawasan Adun ada kuota dia ... kena lihat juga dari segi proses lain terutama pinjaman bank
PadamSaya ade tanah , tapi macam mane nak mohon..
BalasPadamAda disediakan pautan atau link dalam artikel di atas untuk cara-cara memohon.
PadamSaya ade tanah , tapi macam mane nak mohon..
BalasPadamSaya ada berikan link dalam artikel di atas - cara nak mohon. klik link tersebut.
PadamSaya seorang yang bujang dan tanggung ayah dan adik saya.. Tetapi ada tanah atas nama arwah mak dan sepupunya.. Saya telah ada borang tp belum di isi.. Tolong admin rumah saya memang sudah usang tolong kami.. Ayah saya perlukan tempat teduh yang selesa.. Tp saya tidak mampu.. Bergaji rm1100 sbln.. Saya duduk di selangor.. Tolong kami yg daif ni
BalasPadamSaya nak mohon. Saya bujang dan tanggung ayah n adik. De tanah. Rumah dah usang
BalasPadamklau rumah kawan banjir mcmne ye?blh ke nk buat tinggi?tq
BalasPadamSy ada tanah nak buat rumah macam mana nak mohon
BalasPadamSalam En Hasrul, mana saya boleh dapatkan pelan lantai untuk RMR yang bersaiz 26 x 38 ya. Saya bercadang untuk membuat sedikit ubahsuai..
BalasPadamelok sertakan pelan lantai dan untuk kawasan banjir rumah patut jenis tinggi sikit (ada anak tangga)
BalasPadamSetuju.
PadamRumah OK cuma masalahnya kenapa LONGKANG Luar Rumah Tiada Penghujung...Keliling Rumah jer...Alasan Kontraktor dalam PELAN macam tu...tak ke BODOH atau BUAT2 BODOH Bangang Bahalol punya pemikikiran yang dikatakan dn macamana boleh jadi KONTRAKTOR...!!!!
BalasPadamMemang dlm PELAN tak ada lukiskn atau letakan penghujung laluan longkang tu kerana ia adalah PELAN TYPIKAL...siap PELAN dulu baru dapat Tapak Pelan Tanah jadi macamana ARKITEK nak pastikan di mana berakhirnya laluan LONGKANG tersebut...Apala punya bodo buat buat bodo kontraktor nak tipu orang...bila suruh nanti katanya tak lulus bila SPNB datang Lihat...
atau orang SPNB pun sama bodo...dapat masuk kerja sbb kroni gak kot...
sbb tu sy kata kalau SPNB tak luluskan sebab siapkan pengakhir longkang kita bawa terus buat aduan...sebab kalau tanya orang tak sekolah pun boleh pikir...buat longkang mesti ada penghujung kalau tidak BANJIR BESAR...Banjir Keliling luar Rumah habis lecak kat luar...
memang buat buat bodoh dan bodohkan orang...
Apa pendapat anda dengan nukilan perasaan saya nie...
Perkara ini sedang berlaku di daerah Perak, Teluk Intan kg Bahagia dan kawasan sekitarnya...
tapi saya tahu ini semua masalah kontraktor yang bermasalah
sekian
terima
kasih
Saya pun perasan benda ni, dan memang ada tengok beberapa projek di bawah kategori ni. Tak jauh, sebelah umah emak saya di Batu Gajah. Tiap kali hari hujan lebat je, rumah emak saya akan jadi mangsa .. banjir sampai masuk ruang tamu. Nak buat macamana, longkang rumah mesra rakyat melimpah terus ke kawasan rumah emak saya. Jenuh bila hujan lebat.
PadamSaya nak jual rumah RMR1M bawah 10 tahun
BalasPadamAdakah rumah ini boleh dijual dan saya dikenakan denda
Bagaimanakah prosesnya
Boleh hubungi saya 0182032218 untuk membantu
Slm...klu mohon,geran tnh kne simpan dekat bnk ke..sy ade tnh yg kluarga bg kbnrn buat rmh..tp klu kne simpn geran dkt bnk mgkin x bg..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.