Untuk masa sekarang, kadar tambang yang dikenakan untuk ketiga-tiga perkhidmatan rail oleh Prasarana menggunakan kaedah yang berbeza-beza. Maka, untuk kadar tambang yang lebih adil, pihak Prasarana memperkenalkan struktur baru kadar tambang yang diselaraskan untuk semua perhidmatan rail, iaitu berlandaskan kepada jarak perjalanan.
Struktur Kadar Tambang Baru LRT dan KL Monorel Mulai 2 Disember 2015


Tambang LRT dan KL Monorel Dengan Lebih Penjimatan
Untuk lebih penjimatan menerusi kadar tambang baru ini, pengguna dan para penumpang disarankan unuk menggunakan mekanisma pembayaran tanpa tunai (cashless). Penumpang yang menggunakan mod pembayaran tanpa tunai atau 'cashless' ini akan menikmati diskaun untuk jarak perjalanan berbanding dengan mereka yang membeli token untuk pembayaran tunai pada setiap perjalanan.Diskaun kadar tambang akan diberikan khas untuk pengguna-pengguna berikut:
MyRapid Smart 7 Mingguan
- 18% - 26 % diskaun untuk kadar perjalanan berdasarkan jarak.
- Baki boleh bawa ke hadapan.
- RM2.50 satu kad.
MyRapid Smart 30 Bulanan
- 20% - 35% diskaun untuk kadar perjalanan berdasarkan jarak.
- RM10.00 satu kad.
- Baki boleh bawa ke hadapan.
Diskaun 50%
Menerusi kadar tambang baru LRT dan Monorel mulai Disember 2015; warga emas, pelajar dan golongan OKU akan terus menikmati diskaun tambang sebanyak 50% daripada kadar tunai tambang.Pengguna akan mengetahui kadar tambang baru LRT dan Monorel ini sebaik sahaja penyelarasan dilakukan, termasuklah juga kadar tambang untuk 12 stesen baru LRT Laluan Ampang yang telah mula beroperasi 31 Oktober 2015.

Terima kasih kongsi inf..bersiap sedia..
BalasPadamJika tambang naik, harap kualiti perkhidmatan juga ditambah baik
BalasPadamsikit sikit semua naik, tapi hopefully lrt makin OK bila tmbang naik ni. Sebab tahun ni banyak betul kejadian. yg paling sedih time bulan pose ritu laa
BalasPadamhuhu sedih macam-macam naik harga..
BalasPadamsemua naik.. pengsan!!!
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.