Cara untuk keluarkan income Adsense terus ke akaun bank secara automatik. Hurmm .. Saya dapati ada juga dikalangan rakan blogger yang masih lagi blur dan tidak tahu cara termudah untuk transfer income dalam Google Adsense terus ke akaun bank.

Kebanyakkannya hanya tahu dua kaedah untuk keluarkan income Adsense iaitu menerusi Western Union dan juga menerusi cek. Saya sudah mengeluarkan income Adsense menerusi kedua-dua kaedah tersebut, dan banyak masalah timbul sehingga ada yang merumitkan saya. Banyak masa terpaksa dihabiskan semata untuk keluarkan income Adsense ini terutama sekali jika menggunakan perkhidmatan Western Union.

Cara Keluarkan Income Adsense Automatik ke Akaun Bank

Cara Keluarkan Income Adsense Automatik ke Akaun Bank
Untuk post kali ini untuk tips blogging dan cara buat duit online, saya kongsikan cara termudah keluarkan income Adsense, iaitu menerusi pemindahan wang terus ke akaun bank.
  1. Login ke akaun Adsense anda.
  2. Klik pada ikon dan pilih Settings.
  3. Pada bahagian menu di sidebar, klik Payment settings.
  4. Dala ruangan "Available forms of payment", klik Add new form of payment.
  5. Pilih daripada butang yang ada iaitu "Transfer to bank account" dan kemudian klik Continue.
  6. Masukkan butiran akaun bank anda iaitu nombor akaun, nama bank serta kod swift. Selepas itu klik Confirm and continue.
Jangan lupa untuk setkan metod pembayaran income Adsense ini sebagai default. Jika tidak, income Adsense anda tidak akan diproses secara automatik untuk dimasukkan ke dalam akaun bank anda mengikut tempoh dan had income yang telah anda setkan.

Anda boleh rujuk turutan gambarajah di bawah jika anda masih blur ... hoho ...
Cara Keluarkan Income Adsense Automatik ke Akaun Bank
Cara Keluarkan Income Adsense Automatik ke Akaun Bank
Cara Keluarkan Income Adsense Automatik ke Akaun Bank
Oh ya, bukan semua bank terima pembayaran direct Google Adsense ini ke dalam akaun bank anda. Anda perlu mendapat maklum-balas dengan pihak bank terlebih dahulu untuk pengesahan. Setakat yang saya tahu, bank yang boleh terima pemindahan income Adsense dalam USD dari luar negara adalah bank-bank berikut:
  • Maybank
  • CIMB Bank
  • RHB Bank
  • Public Bank
Setiap bank mempunyai kadar tukaran wang USD yang berbeza, maka jika anda mempunyai lebih daripada satu bank untuk transfer income Adsense, bolehlah eksperimentasi atau lihat kadar tukaran wang yang mereka berikan. Anda boleh ubah setting nama bank sebelum akhir setiap bulan atau sebelum anda capai had pengeluaran income yang telah ditetapkan dalam akaun Google Adsense anda.

[Baca] Cara Nak Tahu Swift Code Bank di Malaysia

Terima Pembayaran Dalam Tempoh 3 Hari

Jika Adsense dah approve, anda akan nampak paparan seperti di bawah ini di dashboard income Adsense anda di mana ada dinyatakan cara pembayaran dibuat.
Pembayaran menerusi pindahan ke akaun bank ini mengambil masa paling cepat 3 hari (jika gunakan akaun simpanan Maybank). Anda akan terima satu email daripada Adsense jika pembayaran telah dibuat. Jika tarikh proses income dalam email dinyatakan adalah pada 21 hb November, maka anda akan nampak income Adsense anda dalam akaun bank pada paling awal ialah pada 23 hb November.
Cara Keluarkan Income Adsense Automatik ke Akaun Bank
[Lihat] Contoh Email Berkaitan Pembayaran Adsense Diproses

Tiada Akaun Bank

Jika anda tiada akaun bank yang saya nyatakan, anda boleh gunakan kaedah lama iaitu gunakan cek atau Western Union. Tapi percayalah, dari pengalaman saya ... cara pindah terus ke akaun bank adalah yang terbaik dari segi pengurusan masa dan kebolehpercayaan.

Anda boleh baca pengalaman saya ini:
Pastikan anda follow blog ini untuk dapat lebih maklumat dan info berkaitan tips blogging, panduan buat duit online dan cara nak tambah income blog .... klik follow di bawah ini dan pastikan butang g+ follow
berwarna biru ... :) jika putih tu maknanya belum follow lagi ..


29 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Heapp ... jangan sesekali .. nanti ada mata memandang ... huhuhuhu...

      Padam
  2. curlasss.... memang first time baca artikel di blog ini terus tekan butang follow.

    BalasPadam
  3. Fidah tak ada lagi akaun ads google..

    BalasPadam
  4. Wah mesti banyak masyuk ni Tuan HH. Semoga murah rezeki dan jangan lupa zakat ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah ... :) jika ada lebihan ... akan saya zakatkan.

      Padam
  5. Fuhh...rasa nak kembali ke zaman cinta adsense 2006 - 2011 jek...tapi apa kan daya adsense ku tidak lagi laku... :D

    Hmm...terfikir kenapa bukan dulu lagi dah buat macam nie kan...ker adsense semakin susah kutip hasil org awam pon slow google bertindak mesra giler mcm nie... :D

    p/s: Berapa charges ya adsense kalo direct ke bank tempatan tue tuan HH?

    BalasPadam
  6. Nanti Maybank call tanya mana datang duit haha.
    Btw aku punya macam banya je kena tolak bila pakai wire transfer ni -.-

    BalasPadam
  7. Den setahun sekali baru leh keluar...tu pakai western union je

    BalasPadam
  8. ok done, tq for info, tunggu lagi 2 bulan baru leh cashout GA ni

    BalasPadam
  9. Google adsense ni blog kita kena register jadi web atau tak perlu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup mesti daftar dalam GA..nanti GA lulus, baru blh letak skrip di website dot.com/net/my dll..

      Padam
  10. saya baru tau kalou pembayaran pay out adsend bisa langsung transfer ke no rekening bang, ta kira pembayaran bisa di westen union dan indomart, thanks bro infonya sangat bagus

    BalasPadam
  11. Tq hh...baru la paham nak cashout adsense.

    BalasPadam
  12. Ada caj ke kalau wireless transfer ni tuan

    BalasPadam
  13. Lepas dh msk details akaun bank? Kena buat apa? Tggu GA approve ka mcm mn?

    BalasPadam
  14. Eee bole yptak sesiap jawap soalan sa soalan sa ialah?boleh pakai pupblick bank kè?klw bole sa pakai bank terebut?bila duit samapi ke acc bank saya?

    BalasPadam
  15. Kalau tak terima email camne plak bro...

    BalasPadam
  16. Saya nak tanya sikit saja . Masa daftar adsense tu kan ada first name dengan last name., BIN/Binti perlu letak atau tak payah ?

    BalasPadam
  17. Cara ni masih efektif kah utk 2019 ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Saya gunakan untuk dua akaun adsense saya tanpa masalah.
      Rakan2 blogger yang ada adsense pun, saya syorkan guna pindahan terus ke bank .. tak ada masalah, cuma ada penolakan skit la .. bergantung pada bank apa.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement