Saya tak tahulah orang lain, tapi bagi saya caj RM5 untuk bil bercetak memang agak mahal. Jadi, nak tak nak perlu bertukar ke sistem terkini E-Bill di mana bil telefon TM dan juga Streamyx dihantar menerusi email. Saya tak pasti untuk pengguna Unifi, samada benda yang sama juga turut dikenakan.
Bil Bercetak TM-Streamyx Dicaj RM5 Sebulan Mulai 2016


Langgani E-Bill secara percuma hari ini. Bermula Januari 2016, bil bercetak akan dikenakan caj bulanan sebanyak RM5. Kemaskini alamat emel dan nombor telefon dengan menghantar permohonan ke help@tm.com.my atau kunjungi TMpoint berdekatan atau hubungi 100.
Begitulah pengumuman yang tertulis di bawah bil yang telah saya terima.
Kalau anda tak buat apa-apa tindakan lagi, dan tidak mahu kena caj RM5 sebulan buta-buta je untuk bil bercetak ni, maka ... silalah ke mana-mana pusat TMpoint, atau telefon 100 atau hantar email. Uhh kena mohon dulu baru anda akan dapat guna E-Bill .. dan bil bercetak ini takkan dihantar ...
Hmm .. bijak tak pihak TM ni ...
Kalau anda orang suka membaca, in Sha Allah ... tahun depan tak akan terkejut beruk nampak bil kena caj RM5 tak pasal-pasal dek kerana dicetak apa yang anda perlu bayar ... :P
bil maxis pun kena cas... tp blh cancel tak nak bil send emeil sj...
ReplyDeletekalau tak silap PC bil bercetak astro pon ada cas 5 ringgit juga la HH..HH kalau tanpa streamyx pun tetap kena cas 5 ringgit ye bil bercetak..kesian dengan orang kampung..
ReplyDeletesekarang semua bil bercetak kene bayaran tambahan..astro..strymyx..huhu..tapi ade sbahagian yang kalau buat autodebit dapat rebat pulak..
ReplyDeletehahaha adoii.. bestnya rembat duit pengguna
ReplyDeleteBetul2 buat duit sekarang ni...sehingga sampai satu tahap tu hilang pertimbangan...bil bercetak pun nak caj sampai RM5...em memang zalim sungguh.
ReplyDeleteSemua kena bayar sekarang walaupun pengguna ada pilihan,
ReplyDeleteSaya cek kt website TM die tulis free sbb dh byk dpt aduan lepas cerita bil bercetak ni kuar paper.. hopefully betullah huhu
ReplyDeleteJom Terjah: Fesyen dan Gaya Popular Lelaki Masa kini yang Simple lagi Murah! :)
RM5 bukan sikit tetapi fikirkan kesan alam sekitar baik tukar sahajalah kepada e-bill.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.