P.Ramlee, namanya bukan sahaja terkenal di nusantara ini, malah namanya ada tercatat di dalam sejarah perfileman di Hollywood dan juga Asia. Namanya begitu besar, sehingga kisah hidupnya dimuatkan di dalam saluran History.
Aswara Dinaiktaraf Menjadi Universiti P. Ramlee

Dirinya dicemuh, dan banyak lagu-lagunya ditolak ... manakala lagu-lagunya yang popular dalam filem, tidak satupun menerima royalti yang sepatutnya daripada syarikat rakaman.
Tan Sri P. Ramlee - Tokoh Warisan Negara
Dalam satu sidang Dewan Rakyat, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah mengumumkan bahawa ikon seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee diangkat sebagai Tokoh Warisan Negara manakala Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan dinaik taraf sebagai Universiti P. Ramlee.Univerisiti Pertama Bidang Seni Persembahan Didokong Kerajaan
Apabila dirasmikan kelak, ia akan menjadi sebuah IPT pertama dalam seni persembahan yang didokong oleh kerajaan.
Info Aswara
Untuk info, Aswara yang terletak di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada 1994 di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Ketika itu asalnya dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dan bertukar menjadi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653).Aswara telah dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.
Semoga dengan naik taraf menjadi Universiti P. Ramlee, ia akan menjadi lebih berkemampuan dalam melahirkan mereka yang hebat dalam seni warisan dan budaya Malaysia.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.