HRMIS merupakan sistem pengurusan maklumat yang digunakan oleh kakitangan kerajaan untuk beberapa tujuan. Antara tujuan utama penggunaan sistem ini oleh kebanyakkan penjawat awam ialah pengurusan cuti, pengurusan pinjaman, pengurusan kesihatan, pengurusan maklumat peribadi diri, pengurusan mengenai pemilikan harta dan beberapa lagi mengikut kepada gred dan perjawatan.
Aplikasi HRMIS Mobile Android - iOS

- myHRMIS Profil
- myHRMIS eGL
- myHRMIS Cuti
myHRMIS Profil
Aplikasi ini membolehkan penjawat awam untuk menyemak butiran diri yang tersimpan di dalam pengkalan data utama HRMIS. Ada enam perkara berkaitan butiran serta profil penjawat awam yang boleh disemak iaitu:- Butiran peribadi
- Butiran pendidikan
- Butiran keluarga
- Maklumat anugerah
- Maklumat sejarah perkhidmatan
- Maklumat berkaitan profil perkhidmatan
myHRMIS eGL
Ia merupakan satu alternatif untuk penjawat awam memaparkan rekod surat pengesahan diri serta perakuan pegawai (GL) bagi keperluan di hospital dan klinik kerajaan untuk mendapatkan rawatan. Menerusi aplikasi ini, penjawat awam boleh menggunakannya untuk mencetak GL, papar maklumat keluarga pegawai penjawat awam, gaji serta profil perkhidmatan.myHRMIS Cuti
Aplikasi untuk memudahkan para penjawat awam memohon dan menyemak cuti hanya menerusi peranti mudah alih atau mobile. Ia juga merupakan aplikasi untuk pegawai penjawat awam meluluskan permohonan cuti, menyokong cuti serta menyemak kelayakan cuti.Ciri-ciri lain yang terdapat dalam myHRMIS Cuti adalah:
- Pemakluman mengenai cuti kepada pegawai yang menyokong menerusi SMS
- Notifikasi cuti dilulus atau tidak.
Cara Muat Turun Aplikasi myHRMIS
Berikut adalah cara-cara untuk muat turun aplikasi HRMIS mobile versi Android dan iOS

Muat turun HRMIS versi mobile:
Terima kasih tuan, sedia berkongsi panduan ni
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.