Trafik ke blog anda sedikit, malah tak capai 1000 unique visitors (uv) sebulan! Usah risau, usah bimbang; yang penting ialah anda mesti yakin dengan apa yang anda buat dengan blog anda. Trafik sedikit bukan bermakna tidak bagus, ia cuma perlukan pendedahan sahaja.

Trafik Blog Anda Sedikit Bukan Bermakna Blog Tidak Bagus

Ada banyak blog yang bagus tetapi trafik yang dijana sehari tidak lebih daripada 500 pageviews atau hits. Blog-blog ini ada kandungan dan entri yang menarik, bagus dan seronok dibaca, tetapi disebabkan oleh pemilik blog ini mungkin kurang menyerlah, maka tak ramai yang tahu akan kewujudannya.
Trafik Sedikit Bukan Bermakna Tidak Bagus
Saya sendiri di awal pembabitan dalam dunia blog Malaysia, tidak ramai yang tahu pun saya ada blog yang dibina untuk hobi fotografi saya. Malah, sebelum itu pun .. tak ramai yang tahu saya banyak menulis mengenai ikan Arowana yang menjadi kegilaan saya.

Saya telah menulis lebih daripada 6000 post dalam blog ini sahaja, setakat 2015. Itu belum lagi ditambah dengan blog-blog lain yang samada pernah dan masih lagi aktif. Kalau dicongak kasar, saya fikir, saya sudah menyediakan lebih daripada 10,000 post sejak tahun 2008. Banyak tak? Hoho ...

Saya memang rajin update semasa mula-mula ada blog sendiri. Saya boleh tulis sehingga 10-15 post setiap hari. Kalau seminggu 7 x 15 darab pula dengan bilangan minggu dalam setahun ... lebih kurang 5,475 ribu post setiap tahun saya hasilkan. Jika saya ambil kira dari tahun 2010 di mana saya sangat aktif menulis ... tu dah capai 27,000 post ... hoho .. jadi, memang tidak mustahillah kalau saya kata saya sudah menulis dan menerbitkan lebih daripada 10,000 post! Haha .. jadi anda wajib percaya dengan fakta rekaan saya ini.
Trafik Sedikit Bukan Bermakna Tidak Bagus

Baguskah Blog Saya?

Saya tidaklah kata blog dan penulisan saya bagus. Tetapi, kekerapan untuk update itu perlu jika mahu post kita kelihatan di mata pengunjung dan pembaca. Apatah lagi di peringkat awal pembabitan atau blog masih lagi baru.

Percayalah, setelah usaha gigih setiap hari dan minggu anda update dengan kerap blog anda, akan sampai waktu di mana anda boleh merasa relax dan lega kerana blog akan stabil dan terus menerima kunjungan serta trafik walaupun blog anda sudah seminggu tidak dikemaskini. Ini adalah kerana entri-entri terdahulu yang baik isi kandungannya akan sentiasa mendapat tempat di hati pembaca dan pengunjung yang baru.

Pernah dengar mengenai mouth-to-mouth promotion tak? Atau dengan kata lebih kasar .. gossip. Dalam dunia blog pun ada gossipnya tersendiri. Percaya atau tidak jika saya katakan ada entri lama saya yang diterbitkan pada tahun 2011 diterbitkan semula oleh blogger lain? Bukan dengan cara copy-paste, tetapi lebih kepada sumber rujukan ...

Anda perlu ingat, setiap blogger yang ada hari ini bakal menjadi seorang blogger yang hebat satu hari kelak. Maka, sangat penting sekali anda menjadi ilham atau rujukan buat blogger-blogger ini, kerana merekalah yang akan bantu blog anda untuk terus hidup dan mendapat kunjungan.

Tips Penting Untuk Meningkatkan Trafik Blog Untuk Blogger Baru

Hari ini, trafik ke blog anda mungkin sedikit tetapi seandainya anda berusaha dengan perkara-perkara berikut, in Sha Allah blog anda akan capai kejayaan yang melebihi apa yang anda hajati:
  • Sentiasa update blog.
  • Menulis blog dengan kandungan dan entri original.
  • Menulis entri dengan gaya penulisan anda sendiri.
  • Sentiasa memberikan sesuatu kepada orang lain tanpa harapkan balasan.
  • Beramal dan bersedekah menerusi blog.
  • Mesra dengan pengunjung dan mereka yang beri komen dalam blog anda.
  • Jika anda seorang yang mahukan lebih pendedahan, lakukan blogwalking. Saya sarankan blogwalking terpilih untuk lebih impak.
Saya harap penceritaan saya ini serta sedikit tips blogging yang tidak seberapa dapat memberikan sesuatu kepada anda agar sentiasa yakin dan percaya dengan kebolehan anda, keupayaan penulisan anda dalam blog. Jangan cepat putus asa hanya kerana melihat trafik yang sedikit ... itu satu cabaran, maka sahutlah cabaran itu dengan ikuti tips dari blogger-blogger yang telah berjaya.

Semoga dimanfaatkan.


27 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. cop! apa maksud blog walking terpilih tu
    kurang mengerti...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh saya ada cerita dalam satu entri tu.. cuba SEARCH blogwalking terpilih .. :)

      Padam
  2. Blog pun macam produk lain juga, perlu ada promosi supaya orang kenal dan tahu kewujudannya. Tetapi sebelum lakukan promosi, pastikan blog tersebut mempunyai kekuatannya yang tersendiri, barulah trafik yang datang akan berterusan, bukan sekadar singgah kemudian tidak datang lagi. Cara mempromosikan blog dengan kos yang murah namun dijamin mendapat jumlah trafik yang tinggi ialah melalui Facebook. Saya dah cuba dan memang Facebook merupakan lubuk trafik terbaik selepas enjin carian Google.

    BalasPadam
  3. Wauuu bagus tips bro HH, tetap sama mcm dulu suka memberi tips...kena kerap update tu kena buat perancangankan

    BalasPadam
  4. trafik banyak pun belum tentu berkualiti..tengok juga blog tu untuk apa..kalau untuk paparkan pop ads semata-mata...susah le nak cakap :D

    BalasPadam
  5. thanks abg.
    Sebab kongsikan serba sedikit pengalaman dan cara nak kekal dgn blog.
    Semangat baru muncul balik..kalau tak..mandomm.ja rasa blog ni..hahaha

    BalasPadam
  6. yup..kena rajin blog..tapi idea tu kadang-kadang tak datanglah sifu..hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak datang? Hmmm kena datanglah pada blog lain .. hehehee... tgk apa yang orang lain tulis lak.

      Padam
  7. 100% betul. Lepas 50 post, dapat rasa beza yang ketara dari masa awal2 dulu. Lebih2 lagi lepas masuk dalam bloglist tuan hasrul. Baru 50 post, kalau dah 500, 5000 post lagi2 lah akan terasa peningkatannya. insya Allah

    BalasPadam
  8. Kalau rajin maka hasil juga akan nampak..

    BalasPadam
  9. Tapi betul juga bila traffik kureng semangat utk menulis juga kureng...

    Tapi bila traffik mencanak rasa macam dunia blogging diri sendiri yang punya... :D

    BalasPadam
  10. fuh.. tq for the tips! saya mmg update hari2. tp kdg2 tu x sempat update pun. mmg setuju sgt "akan sampai waktu di mana anda boleh merasa relax dan lega kerana blog akan stabil dan terus menerima kunjungan serta trafik walaupun blog anda sudah seminggu tidak dikemaskini." sebab uv stabil wpon x apdet. hihi. Tq banyak2 utk tips!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm ... jgn gopoh gapah. Bila ada idea, pulun tulis pastu schedule post tu untuk publish ikut sela masa tertentu.

      Padam
  11. Tips berguna..Terima kasih share :-)

    BalasPadam
  12. sekarang ni blog pertama baru stabil.. wlu belum sampai 1000 uv prorate setiap hari... sekarang still teruskan update blog 1st dan blog 2 & ke 3...

    tu la tak cukup ilmu blogging dah terjebak dengan 3 blog.. tapi nak buat macam mana.. teruskan je lah.. walau kadang-kadang tersasar fokus....

    sila jgn tiru saya... huhu

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. sudah lama tidak post di blog, sekarang ingin mula semua ;)

    BalasPadam
  15. Entri yang dapat mengembalikan semangat saya yang tiba-tiba hilang. Tq bro HH

    BalasPadam
  16. Trafik sedikit bukan bermakna tidak hebat, ada usaha dengan ilmu yang berkualiti maka semuanya akan dipermudahkan dengan mudah.. dengan letakan harapan pada yang satu.

    BalasPadam
  17. sedih lah tuan HH....tapi apakan daya..masa x cukup nk berblog..hihiiihi, mcm mne lah nak dptkan trafik yg tinggi

    BalasPadam
  18. Saya sokong hh...pentingkan update bru org nmpak kita ni aktif.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement