Trafik Blog Anda Sedikit Bukan Bermakna Blog Tidak Bagus
Ada banyak blog yang bagus tetapi trafik yang dijana sehari tidak lebih daripada 500 pageviews atau hits. Blog-blog ini ada kandungan dan entri yang menarik, bagus dan seronok dibaca, tetapi disebabkan oleh pemilik blog ini mungkin kurang menyerlah, maka tak ramai yang tahu akan kewujudannya.
Saya telah menulis lebih daripada 6000 post dalam blog ini sahaja, setakat 2015. Itu belum lagi ditambah dengan blog-blog lain yang samada pernah dan masih lagi aktif. Kalau dicongak kasar, saya fikir, saya sudah menyediakan lebih daripada 10,000 post sejak tahun 2008. Banyak tak? Hoho ...
Saya memang rajin update semasa mula-mula ada blog sendiri. Saya boleh tulis sehingga 10-15 post setiap hari. Kalau seminggu 7 x 15 darab pula dengan bilangan minggu dalam setahun ... lebih kurang 5,475 ribu post setiap tahun saya hasilkan. Jika saya ambil kira dari tahun 2010 di mana saya sangat aktif menulis ... tu dah capai 27,000 post ... hoho .. jadi, memang tidak mustahillah kalau saya kata saya sudah menulis dan menerbitkan lebih daripada 10,000 post! Haha .. jadi anda wajib percaya dengan fakta rekaan saya ini.

Baguskah Blog Saya?
Saya tidaklah kata blog dan penulisan saya bagus. Tetapi, kekerapan untuk update itu perlu jika mahu post kita kelihatan di mata pengunjung dan pembaca. Apatah lagi di peringkat awal pembabitan atau blog masih lagi baru.Percayalah, setelah usaha gigih setiap hari dan minggu anda update dengan kerap blog anda, akan sampai waktu di mana anda boleh merasa relax dan lega kerana blog akan stabil dan terus menerima kunjungan serta trafik walaupun blog anda sudah seminggu tidak dikemaskini. Ini adalah kerana entri-entri terdahulu yang baik isi kandungannya akan sentiasa mendapat tempat di hati pembaca dan pengunjung yang baru.
Pernah dengar mengenai mouth-to-mouth promotion tak? Atau dengan kata lebih kasar .. gossip. Dalam dunia blog pun ada gossipnya tersendiri. Percaya atau tidak jika saya katakan ada entri lama saya yang diterbitkan pada tahun 2011 diterbitkan semula oleh blogger lain? Bukan dengan cara copy-paste, tetapi lebih kepada sumber rujukan ...
Anda perlu ingat, setiap blogger yang ada hari ini bakal menjadi seorang blogger yang hebat satu hari kelak. Maka, sangat penting sekali anda menjadi ilham atau rujukan buat blogger-blogger ini, kerana merekalah yang akan bantu blog anda untuk terus hidup dan mendapat kunjungan.
Tips Penting Untuk Meningkatkan Trafik Blog Untuk Blogger Baru
Hari ini, trafik ke blog anda mungkin sedikit tetapi seandainya anda berusaha dengan perkara-perkara berikut, in Sha Allah blog anda akan capai kejayaan yang melebihi apa yang anda hajati:- Sentiasa update blog.
- Menulis blog dengan kandungan dan entri original.
- Menulis entri dengan gaya penulisan anda sendiri.
- Sentiasa memberikan sesuatu kepada orang lain tanpa harapkan balasan.
- Beramal dan bersedekah menerusi blog.
- Mesra dengan pengunjung dan mereka yang beri komen dalam blog anda.
- Jika anda seorang yang mahukan lebih pendedahan, lakukan blogwalking. Saya sarankan blogwalking terpilih untuk lebih impak.
Semoga dimanfaatkan.
cop! apa maksud blog walking terpilih tu
BalasPadamkurang mengerti...hehe
Ohh saya ada cerita dalam satu entri tu.. cuba SEARCH blogwalking terpilih .. :)
PadamBlog pun macam produk lain juga, perlu ada promosi supaya orang kenal dan tahu kewujudannya. Tetapi sebelum lakukan promosi, pastikan blog tersebut mempunyai kekuatannya yang tersendiri, barulah trafik yang datang akan berterusan, bukan sekadar singgah kemudian tidak datang lagi. Cara mempromosikan blog dengan kos yang murah namun dijamin mendapat jumlah trafik yang tinggi ialah melalui Facebook. Saya dah cuba dan memang Facebook merupakan lubuk trafik terbaik selepas enjin carian Google.
BalasPadamentry bagus untuk saya nie..
BalasPadamWauuu bagus tips bro HH, tetap sama mcm dulu suka memberi tips...kena kerap update tu kena buat perancangankan
BalasPadamBagus entry ni..
BalasPadamtrafik banyak pun belum tentu berkualiti..tengok juga blog tu untuk apa..kalau untuk paparkan pop ads semata-mata...susah le nak cakap :D
BalasPadamFuhhh.. sib baik tak ada popAds .. hehehehe
Padamthanks abg.
BalasPadamSebab kongsikan serba sedikit pengalaman dan cara nak kekal dgn blog.
Semangat baru muncul balik..kalau tak..mandomm.ja rasa blog ni..hahaha
yup..kena rajin blog..tapi idea tu kadang-kadang tak datanglah sifu..hmm
BalasPadamTak datang? Hmmm kena datanglah pada blog lain .. hehehee... tgk apa yang orang lain tulis lak.
PadamEntry semangat untuk saya ☺
BalasPadamUV saya rendah (sad face)
BalasPadam100% betul. Lepas 50 post, dapat rasa beza yang ketara dari masa awal2 dulu. Lebih2 lagi lepas masuk dalam bloglist tuan hasrul. Baru 50 post, kalau dah 500, 5000 post lagi2 lah akan terasa peningkatannya. insya Allah
BalasPadamKalau rajin maka hasil juga akan nampak..
BalasPadamTapi betul juga bila traffik kureng semangat utk menulis juga kureng...
BalasPadamTapi bila traffik mencanak rasa macam dunia blogging diri sendiri yang punya... :D
fuh.. tq for the tips! saya mmg update hari2. tp kdg2 tu x sempat update pun. mmg setuju sgt "akan sampai waktu di mana anda boleh merasa relax dan lega kerana blog akan stabil dan terus menerima kunjungan serta trafik walaupun blog anda sudah seminggu tidak dikemaskini." sebab uv stabil wpon x apdet. hihi. Tq banyak2 utk tips!
BalasPadamHmm ... jgn gopoh gapah. Bila ada idea, pulun tulis pastu schedule post tu untuk publish ikut sela masa tertentu.
PadamTips berguna..Terima kasih share :-)
BalasPadamsekarang ni blog pertama baru stabil.. wlu belum sampai 1000 uv prorate setiap hari... sekarang still teruskan update blog 1st dan blog 2 & ke 3...
BalasPadamtu la tak cukup ilmu blogging dah terjebak dengan 3 blog.. tapi nak buat macam mana.. teruskan je lah.. walau kadang-kadang tersasar fokus....
sila jgn tiru saya... huhu
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsudah lama tidak post di blog, sekarang ingin mula semua ;)
BalasPadamEntri yang dapat mengembalikan semangat saya yang tiba-tiba hilang. Tq bro HH
BalasPadamTrafik sedikit bukan bermakna tidak hebat, ada usaha dengan ilmu yang berkualiti maka semuanya akan dipermudahkan dengan mudah.. dengan letakan harapan pada yang satu.
BalasPadamsedih lah tuan HH....tapi apakan daya..masa x cukup nk berblog..hihiiihi, mcm mne lah nak dptkan trafik yg tinggi
BalasPadamTerima kasih atas info tuan
BalasPadamSaya sokong hh...pentingkan update bru org nmpak kita ni aktif.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.