Teknik Menulis Menawan Pembaca Setia. Agak lama juga saya tidak berkongsi berkaitan tips menulis blog. Sebenarnya saya sedang giat menyusun entri-entri berkaitan tips blogging, panduan blogger dan berkaitan untuk dimasukkan ke dalam blog Rujukan Blogger Blogspot. Namun, memandangkan ada blogger yang minta untuk saya memuatkan di blog ini, maka saya ingin kongsikan satu tips dan panduan menulis blog umum yang boleh diaplikasikan oleh semua, iaitu mengenai teknik menulis menawan pembaca setia.

Ramai blogger yang hadapi masalah untuk mendapatkan trafik berterusan kerana sukar untuk mendapatkan pembaca setia. Pembaca setia inilah yang akan memberikan blog anda trafik secara konsisten jika nak dibandingkan dengan pengunjung pertama kali singgah atas topik-topik tertentu, yang selalunya berpunca daripada enjin carian seperti Google.

Teknik Menulis Menawan Pembaca Setia

Teknik Menulis Menawan Pembaca Setia
Saya sendiri mengakui bukan mudah untuk menawan hati pengunjung blog pertama kali menjadi pembaca setia. Kebanyakkan yang menjadi pembaca setia blog saya adalah terdiri daripada mereka yang datangnya dari kalangan blogger, kerana saya sebelum ini banyak berkongsikan tips dan teknik menulis blog. Malah, blog ini pernah berada di top enjin carian untuk kata kunci carian - Panduan Blogger, dan juga panduan menulis blog.

Jika anda seorang penulis blog santai dan peribadi, anda mungkin boleh gunakan tips dan pendekatan yang akan saya kongsikan ini, iaitu teknik menulis menawan pembaca setia bagi membolehkan blog anda menerima kunjungan dan mendapat pembaca setia.

5 Cara dan Teknik Menulis Menawan Pembaca Setia

Blog Perlu Ada Cerita dan Dialog

Saya lihat ramai rakan blogger yang hebat-hebat menggunakan pendekatan ini. Blog ada informasi, tetapi ditulis dalam bentuk cerita dan diselitkan dialog. Ramai sukakan sebuah blog yang boleh bercerita. Ini teknik lama yang memang akan mendapat tempat di hati pembaca, mahupun pengunjung pertama kali.

Menulis Berkaitan Konflik

Saya menggunakan teknik ini untuk beberapa artikel saya berkaitan kepenggunaan, dan kehidupan saya sebagai seorang house husband. Ada macam-macam perkara yang berkaitan konflik berlaku setiap hari. Kadangkala ia bukanlah isu besar, tetapi ia berlaku dalam sebilangan besar kehidupan masyarakat sekarang. Contohnya berkaitan pinjaman PTPTN - yang semua tahu mewujudkan konflik antara peminjam dan pemberi pinjaman. Jika anda seorang yang berjaya menyelesaikan pinjaman PTPTN, maka saya syorkan anda tulis cerita tersebut di dalam blog, in Sha Allah .. anda akan nampak impak positifnya nanti.

Antara contoh artikel saya berkaitan konflik ialah ...

Kejutan Humor Dalam Penulisan

Teknik Menulis Menawan Pembaca Setia
Sebenarnya, saya pernah menulis berkaitan teknik menulis ini, simple je saya tulis - Entri Jenaka Buat Blog Jadi Ceria. Saya dapati ramai yang suka share dan like entri berbentuk jenaka, apatah lagi apabila ia hadir dalam blog tanpa sedar. Maksud saya, tajuk serius tapi isi kandungan rupanya jenaka yang membuatkan pembaca rasa terhibur dan tersenyum sendirian.

Watak

Sebuah blog yang sering diekori mempunyai watak. Watak ini adalah yang membawakan cerita. Ada blogger yang menggunakan watak anak-anak untuk memaku pengunjung menjadi pembaca setia. Dengan watak ini, penulis blog mewujudkan cerita dan dialog, malah kadangkala konflik. Watak boleh pelbagai, samada diwujudkan secara suka-suka atau memang ia watak sebenar dalam kehidupan. Saya ada melihat bagaiaman seorang blogger terkenal yang berjaya buat duit dengan blog, menggunakan watak Maikel untuk hidupkan blognya. Malah, ramai pembaca yang suka akan watak Maikel ini sehingga mewujudkan rasa ingin tahu. Malah, rakan blogger saya itu mewujudkan watak Alisa Maisarah untuk memancing pembaca daripada golongan lelaki.

Paparkan Unsur Kejayaan

Apabila blog anda sudah ada pengunjung yang agak baik, pastikan sesekali anda menulis berkaitan kejayaan anda. Anda boleh bercerita banyak berkaitan kejayaan ini. Orang yang positif suka membaca entri-entri sebegini, dan menjadikan ianya sebagai satu ilham, rujukan dan panduan. Contohnya, saya menulis kejayaan saya menjadikan blog ini mendapat ranking terbaik di Alexa. Ia bukan sahaja memikat pengunjung yang mahu tahu bagaimana kejayaan itu dicapai, tetapi juga menarik minat pengiklan yang melihatkan blog yang mempunyai ranking Alexa ini sebagai blog terbaik dan top di Malaysia.

Jadi, bagaimana dengan teknik menulis menawan yang saya kongsikan ini? Saya harap anda dapat menghadam ilmu berkaitan panduan menulis blog, dan cara untuk membolehkan blog anda mendapat pembaca setia.

Dari segi teori, nampak mudah .. namun, in Sha Allah, jika anda berlatih ke arah penulisan seperti di atas, blog anda akan menjadi blog yang dikenali ramai dan mempunyai ribuan pembaca setia yang anda sendiri tidak sedar.

Seandainya anda ada sebarang pertanyaan, jangan segan-segan bertanya kepada saya ... saya boleh dihubungi menerusi ruangan contact, malah di Facebook, dan juga email. In Sha Allah, saya akan menjawab pertanyaan dan persoalan dengan pengetahuan saya yang ada.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement