Sedikit info berkaitan dengan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M ini - Ia adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.
Skim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.
Syarat Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini. Malah, skim ini juga terbuka untuk pesara penjawat awam yang layak.
Syarat untuk memohon skim perumahan ini adalah seperti berikut:
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berpendapatan bulanan di bawah RM10,000 dan bekerja di kawasan berdekatan lokasi rumah yang dibina.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang belum memiliki rumah.
- Penjawat awam yang telah berpencen dan kontrak layak memohon
- Hanya satu permohonan boleh dibuat untuk setiap isi rumah.
- Pemohon tidak diisytihar muflis.
- Rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual selama 10 tahun tanpa kebenaran kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak.
- Pembeli rumah skim PPA1M tidak layak menduduki kuarters.
Projek PPA1M ini dijalankan di seluruh Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak. Jadi, ia merupakan peluang yang terbuka luas untuk para penjawat awam memiliki rumah sendiri di lokasi-lokasi pilihan yang mempunyai projek perumahan ini.
Perumahan di bawah skim ini termasuklah rumah teres dan juga appartment. Mana-mana penjawat awam yang ingin memohon skim PPA1M ini, bolehlah membuat pendaftaran menerusi pautan di bawah ini.
Borang Pendaftaran Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
Untuk senarai projek terkini di bawah skim PPA1M, anda boleh lawati laman web PPA1M untuk info terkini. Buat masa ini (semasa artikel ini ditulis) terdapat beberapa projek perumahan penjawat awam 1Malaysia sedang dibina di kawasan berikut:



Seandainya anda seorang penjawat awam mahupun pesara yang masih belum memiliki rumah sendiri, maka bolehlah cuba untuk memohon menerusi skim PPA1M ini. Mana tahu, rezeki anda untuk mendapatkan rumah yang selesa, dengan kadar pinjaman faedah rendah yang disediakan.
Untuk info lebih lanjut:
Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan
Presint 2, No 18, Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 PUTRAJAYA
Telefon : 603-88805118
Faks:603-88805119
email: support.ppa1m@jpm.gov.my
Semoga bermanfaat.
berbaloi
BalasPadambaru saja daftar.. mekasih atas info
BalasPadamJemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.