Ada satu informasi berkaitan kerjaya kerajaan atau lepasan graduan yang ingin saya kongsikan. Ia adalah berkaitan panggilan temuduga untuk jawatan dalam SPA. Saya difahamkan bahawa pihak SPA (Suruhajaya Perkhidmatan Awam) tidak lagi mengeluarkan surat panggilan temuduga menerusi pos.

SPA - Tiada Lagi Panggilan Temuduga Menerusi Pos

SPA - Tiada Lagi Panggilan Temuduga Menerusi Pos
Menerusi laman web rasmi SPA, dimaklumkan bahawa SPA tidak lagi mengeluarkan surat panggilan temuduga secara pos mulai 1 Oktober 2015.

Makluman ini melibatkan calon-calon temuduga SPA yang beralamat di Semenanjung Malaysia, Sarawak (bagi calon di Kuching, Sibu & Miri sahaja), Sabah (bagi calon di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan & Tawau sahaja) dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan.

Notis panggilan temu duga hanya akan dikeluarkan melalui e-mel, SMS dan semakan di laman web SPA. Sehubungan itu, calon-calon diminta untuk mengemaskini emel dan nombor telefon bimbit masing-masing.

Jadi, sekiranya anda merupakan salah seorang calon yang ada memohon dan mengisi borang SPA untuk kerja kerajaan, pastikan anda telah mengemaskini nombor telefon terbaru serta emel yang betul bagi mengelakkan anda terlepas peluang menjawat jawatan dalam sektor awam.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement