Video Muzik Setia - Elizabeth Tan Capai Lebih 2 Juta Views
Nama Elizabeth Tan semakin dikenali sejak popular menerusi lagu Knock Knock. Video official Elizabeth Tan Knock Knock sendiri telah dipertontonkan lebih 3.5 juta views di YouTube. Jadi, memang patutlah video muzik Setia capai lebih views lebih baik dari sebelumnya. Uhh .. hebat ... 2 juta views dalam masa beberapa bulan sahaja.
Untuk yang tidak mengetahui, Elizabeth Tan merupakan antara artis yang diasah dan dikenali menerusi YouTube. Faizal Tahir adalah antara mereka yang membawa Elizabeth Tan ke persada utama dunia seni tanahair.
Official Lyric Video Music Setia - Elizabeth Tan featuring Faizal Tahir
Official Music Video - Setia by Elizabeth Tan featuring Faizal Tahir
Video official Setia yang disertakan lirik telah berjaya mencapai lebih 2 juta views, manakala video muzik official berbentuk cerita yang baru sahaja dimuat naik ke YouTube pada 9 Oktober 2015, sudahpun mencapai jumlah views sebanyak 200K (15 Oktober) - iaitu dalam masa kurang seminggu.Layan video muzik lagu Setia ni .. syok gak jalan ceritanya ... sampai menimbulkan tanda tanya di kalangan viewers Youtube.