Permohonan online untuk ke tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2016 kini dibuka. Kepada mana-mana ibubapa mahupun murid yang mahu meneruskan pengajian ke SBP boleh membuat permohonan secara online bermula sekarang sehingga 15 November 2015.

Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi online yang telah disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan Online Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh 2016

Permohonan Online Tingkatan 1 SBP 2016
Pemohon yang mahu memohon kemasukan ke SBP untuk tahun 2016 perlu menggunakan angka giliran peperiksaan UPSR 2015 untuk login masuk dan mengisi borang yang disediakan.

Pemohon boleh akses ke aplikasi permohonan online tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016 menerusi:

[Klik] Permohonan Online SBP 2016

Untuk memudahkan pemohon memahami sistem pendaftaran dan aplikasi permohonan online ke SBP 2016 ini, disarankan untuk memuat-turun panduan yang disediakan. Panduan tersebut boleh diakses menerusi pautan berikut - Panduan AM Permohonan SBP Tingkatan 1 2016
Permohonan Online Tingkatan 1 SBP 2016

Anda boleh rujuk senarai sekolah SBP 2016 terkini di pautan berikut - Senarai SBP Terkini 2016

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASARAMA PENUH
DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN ,
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000, Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8321 7400
Faks 03 8321 7403/ 7402
Semoga berjaya buat mereka yang memohon.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement