Peperiksaan UPKK dan UPSRA yang dijadualkan dilakukan pada 5 dan 6 Oktober 2015 ditangguhkan. Lega pula rasa dihati, kerana anak saya yang sulong terlibat dengan peperiksaan ini. Pada awalnya tertanya juga akan situasi peperiksaan ini, memandangkan semua sekolah di Semenangjung diarahkan tutup pada tarikh tersebut oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Peperiksaan UPKK dan UPSRA Oktober Tangguh!

Peperiksaan UPKK dan UPSRA 5 dan 6 Oktober Tangguh!

Saya memetik berita berikut, sebagai mengesahkan bahawa peperiksaan UPKK dan UPSRA pada 5 dan 6 Oktober 2015 ditangguhkan:

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada esok dan Selasa membabitkan subjek Ulum Syariah dan Sirah serta Jawi Dan Khat, di semua pusat peperiksaan seluruh negara, ditangguhkan. Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha menerusi satu kenyataan media di sini, sebentar tadi.

Katanya, keputusan itu diambil berikutan masalah jerebu yang melanda kebanyakan negeri di Malaysia mencapai kadar bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat selain selaras dengan tindakan Kementerian pendidikan menutup semua sekolah pada esok dan lusa, berikutan masalah sama.

"Bagaimana pun pelaksanaan peperiksaan pada hari hari Rabu dan Khamis berjalan mengikut jadual. "Penangguhan ini membabitkan semua pusat peperiksaan seluruh Malaysia. Tarikh baharu bagi pelaksanaan peperiksaan bagi tiga subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kepada suasana dan laporan IPU semasa.

"Berikutan itu juga, dipohon kerjasama semua agensi bertanggungjawab yang melaksanakan KAFA mengambil tindakan segera memaklumkan arahan penangguhan peperiksaan ini kepada semua pihak yang terbabit," katanya.

Othman turut menyambut baik keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menangguhkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) pada esok dan Selasa selaras keputusan Kementerian Pendidikan. Katanya, peperiksaan UPSRA di semua sekolah kelolaan JAWI iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan akan ditunda kepada 12 dan 13 Oktober.

 "Bagi jadual peperiksaan hari Rabu dan Khamis, ia berjalan seperti yang dijadualkan kecuali ada arahan lain daripada Kementerian Pendidikan," katanya.  - Berita Harian Online



Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement