Ada yang tidak tahu bahawa kalendar atau takwim Hijriah dikira berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi. Itulah sebabnya ia tidak sejajar dengan kalendar Miladiah atau selalu disebut sebagai kalendar Masehi kerana pengiraan hari, bulan dan tahun bersandarkan kepada pergerakkan bumi mengelilingi matahari.
Itulah sebabnya mengapa kalendar atau takwim Hijriah kekurangan 10 hari dalam pengiraan 1 tahun jika dibandingkan dengan kalendar Miladiah. 1 tahun kalendar Hijriah adalah bersamaan 355/354 hari, berbeza dengan kalendar Miladiah iaitu 365/366 hari.
Kalendar 2016 Takwim Hijriah 1437/1438H


Tarikh Penting Islam 2016M
Tarikh Hijriah
|
Tarikh Miladiah
|
Hari Perayaan / Kebesaran Islam
|
27 Rejab 1437 | 5 Mei 2016 | Israk dan Mikraj |
1 Ramadan 1437 * | 6 Jun 2016 | Awal Ramadan / Permulaan Puasa |
17 Ramadan 1437 | 22 Jun 2016 | Nuzul Al-Quran |
1 Syawal 1437 * | 6 Julai 2016 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
1 Zulhijjah 1437 | 3 September 2016 | Awal Zulhijjah |
10 Zulhijjah 1437 * | 12 September 2016 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharram 1438 | 2 Oktober 2016 | Awal Muharram / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1438 | 12 Disember 2016 | Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W) |
Sumber: Jakim, *bertanda akan ditentukan dan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja