Ramai blogger Malaysia yang sudah sedia maklum bahawa medium pengiklanan seperti Adsense antara medium pengiklanan yang membayar dalam USD. Adsense adalah jauh lebih baik daripada Nuffnang dan medium pengiklanan blog yang lain. Ada blogger yang berjaya menjana income sehingga USD1000 - USD3000 hanya menerusi blog setiap bulan.

Income USD Menerusi Blog
Dalam keadaan semasa (2015) di mana nilai matawang Ringgit Malaysia (MYR) berada pada paras rendah iaitu 1USD bersamaan dengan USD4.28, maka income USD menerusi blog boleh dianggap sesuatu yang sangat lumayan. Jika anda berjaya menjana income sebanyak USD20 dalam sehari menerusi pengiklanan seperti Adsense, ini bermakna anda telah berjaya menjana pendapatan blog dalam sehari sebanyak RM84.Dan paling best, anda hampir tidak perlu bekerja pun. Hanya perlu pastikan blog anda dikemaskini dan mendapat trafik yang baik - tidak kiralah samada menerusi enjin carian Google/Yahoo/Bing mahupun menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram.

Mahu jana wang dari Adsense menerusi blog mementingkan blog yang berkualiti tinggi dan mempunyai kandungan original terbaik. Blog yang menggunakan Adsense mesti dan wajib memastikan bahawa trafik blog perlu lebih 70% bersandarkan kepada carian Google.
Blog mestilah mudah dibaca dan difahami oleh pengunjung. Blog mesti kemas dan tersusun, mempunyai navigasi yang jelas dan perincian yang betul. Kandungan entri mestilah tidak terhalang oleh sebarang pop-up secara kerap (termasuklah pop up iklan dan juga facebook like).
Ada banyak lagi bahagian terma dan syarat yang ada di dalam Google Adsense yang tidak dapat saya huraikan, namun bersandarkan pengalaman saya .. seandainya anda telah mendapat peluang untuk meletakkan kod iklan Adsense, pastikan bahawa blog anda adalah pure content - dan ditulis dari jiwa blogger sebenar.
Alternatif Income USD Selain Adsense
Apapun, seandainya anda mahu menjana income USD menerusi blog - dan pada masa sama tidak berpeluang untuk letakkan Adsense di dalam blog, ada terdapat pilihan atau alternatif lain bagi menjana income blog dalam USD.Antaranya ialah ...
- H12 - Klik sini untuk daftar percuma.
- Media White - Atas undangan
- Geniee - Klik sini untuk daftar percuma
- PopAds - Klik sini untuk daftar percuma
- Innity
- Komli
Bukti bergambar yang saya tunjukkan dalam entri ini adalah merupakan income USD menerusi blog daripada salah satu platform pengiklanan alternatif (bukan Adsense). Walaupun tak banyak, tetapi sudah cukup baik untuk satu kerja yang anda hanya lakukan di rumah - dengan update blog dan tulis entri terkini.
[Baca] Ketahui banyak lagi cara jana income menerusi blog - Panduan Buat Duit BlogOh ya, bukan semua medium iklan ini sesuai dengan demografi dan budaya Malaysia, jadi fikir-fikir dahulu sebelum meletakkannya di dalam blog. Lihat pro dan kons, dan lihat juga samada anda boleh kawal jenis dan bentuk iklan di dalam blog.
Anda harus ingat, bukan semua iklan yang keluar di blog itu berikan kebaikan - walaupun ia memberikan income atau pendapatan. Kena tahu cara kawal dan memastikan apa yang diiklankan itu semua untuk pengunjung blog anda.
Semoga berjaya.