Had berat dan caj tambahan prabayar Poslaju Malaysia. Mulai 1 Oktober 2015, pihak Poslaju Malaysia mengumumkan bahawa item prabayar yang digunakan oleh pengguna tidak boleh melebihi had berat yang telah ditetapkan. Seandainya pengguna menggunakan item atau produk prabayar Poslaju, dan meletakkan barangan melebihi had dalam item prabayar Poslaju, caj tambahan akan dikenakan untuk setiap lebihan 1kg.

Caj tambahan dan had berat item atau produk prabayar Poslaju yang terlibat termasuklah sampul Poslaju dan kotak Poslaju untuk semua saiz.

Had Berat dan Caj Tambahan Prabayar Poslaju Malaysia

Had Berat dan Caj Tambahan Prabayar Poslaju Malaysia
Saya tahu ramai rakan blogger yang kerap menggunakan perkhidmatan dan servis Poslaju ini, terutama sekali mereka yang menjalankan perniagaan online. Informasi mengenai had berat dan caj tambahan prabayar Poslaju yang saya kongsikan ini harapnya boleh dijadikan peringatan, dan panduan berguna bagi memastikan kos tambahan untuk pengeposan produk dan barangan bisnes online tidak dikenakan.

Kalau tidak, susahlah mereka yang buat bisnes online nak dapat untung akibat kealpaan mematuhi peraturan had berat item prabayar Poslaju Malaysia.

Ok.

Mulai 1 Oktober 2015, untuk item prabayar Poslaju warna oren caj tambahan sebanyak RM3.18 bagi setiap lebihan 1kg akan dikenakan. Manakala untuk item prabayar Poslaju warna biru caj tambahan sebanyak RM7.42 akan dikenakan bagi setiap lebihan 1kg.

Harga caj tambahan yang ditetapkan ini adalah termasuk 6% GST.

Berikut saya kongsikan had berat item prabayar Poslaju bagi sampul dan kotak oren dan biru. Had berat untuk prabayar Poslaju Malaysia ini ada dinyatakan, dan tertera dengan jelas di setiap item prabayar Poslaju.
Had Berat Item Prabayar Poslaju Malaysia
Poslaju dalam kenyataan dan maklumat di laman web rasminya memohon kerjasama semua pelanggannya untuk mematuhi peraturan ini.

Huhuhu.. untuk rakan-rakan buat bisnes online tu, dan ada menggunakan item prabayar Poslaju ni, kenalah arif dan buat calculation tepat sebelum hantar atau meletakkan harga produk ...huhu..


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement