Ramai rakan blogger genre automotif telah kongsikan gambar dan foto kereta trak pikap Proton (konsep) ini. Memang nampak menarik dan mengujakan terutama kepada mereka yang berminat pada pacuan 4 roda (4WD).
Foto dan Gambar Kereta Pikap Proton

Menurut beberapa rakan blogger yang telah berkesempatan untuk melihat lebih dekat mengenai rekabentuk kereta pikap Proton ini; kereta konsep ini menggabungkan rekabentuk antara Ford Raptor, Proton Exora MPV, dan juga Ssyangyong Actyon.
Jom layan beberapa gambar dan foto kereta pikap Proton ini, yang masih lagi belum dimuktamadkan untuk pengeluaran. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa info yang mengatakan bahawa Proton mensasarkan segmen kereta ini sebagai kesinambungan atas kejayaan Jumbuck (Proton Arena) di luar negara.







Kredit: Paultan.org dan Carlist.my