Cara Semak Saman Trafik DBKL Secara Online
Semakan saman trafik DBKL boleh dilakukan menerusi laman semakan notis kompaun yang beroperasi 24 jam. Maklumat yang perlu anda masukkan ialah nombor pendaftaran kereta serta nombor kad pengenalan. Jika anda mempunyai saman yang dikeluarkan oleh pegawai-pegawai trafik DBKL, maka sistem akan menyenaraikan semua saman serta jumlah bayaran kompaun yang perlu anda jelaskan.
Untuk akses ke bahagian semakan saman trafik online DBKL, anda boleh klik pautan yang disediakan di bawah ini:
[+] https://appsys.dbkl.gov.my/ezbill/index.asp
Saman boleh dianggap sebagai satu bentuk 'hutang' kerana anda didenda disebabkan kesalahan trafik yang dilakukan. Mungkin pada sesetengah orang, perkara ini dianggap remeh temeh dan tidak perlu diendahkan. Namun, peraturan tetap peraturan.
Saya syorkan anda untuk membayar saman dan kompaun trafik yang dikenakan.
Tawaran Diskaun Kompaun Saman Trafik DBKL - RM30
Untuk masa yang terhad, pihak DBKL sukacita memaklumkan bahawa kompaun saman serendah RM30 ditawarkan untuk menyelesaikan setiap kesalahan trafik. Sebelum ini, kompaun dikenakan adalah sebanyak RM100. Maka, jangan lepaskan peluang ini untuk membayar kompaun saman trafik DBKL anda .. jika ada.... huhuhu.Saya mendapat maklum daripada rakan blogger saya, Mr Jocko bahawa tawaran bayaran saman dan kompaun trafik DBKL ini boleh diselesaikan di mana-mana kaunter DBKL. Saya tidak pasti samada tawaran ini juga turut diberikan seandainya membuat pembayaran secara online.

Semoga informasi ini dapat dimanfaatkan.
Sangat bermanfaat..terima kasih HH..
ReplyDeleteMohon kepada sesapa yang mungkin kenal sesapa yang ada saman untuk share
DeleteMudah dan berinformasi. Boleh semak dan bayar saman DBKL lepas ni
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNasib malang kena saman DBKL sebab malas mencari tempat parking yang berada di dalam bangunan dengan sengaja parking dekat tepi jalan garisan kuning. Kalau rajin sikit dapat jimat duit saman..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.