Pembayaran BR1M 5.0 atau BR1M 2016 akan dilakukan mengikut tatacara sedia-ada iaitu pembayaran 3 kali setahun, dan akan bermula Januari 2016.
Bajet 2016 - Penerima BR1M Diberikan RM1000

Untuk individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM400.
Kategori Baru Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016
Dalam teks ucapan pembentangan Bajet 2016 juga menyatakan, satu kategori baharu akan diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000. Untuk golongan kategori baru BR1M ini, mereka akan menerima wang bantuan sebanyak RM1,050 manakala bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian RM1,000 akan diteruskan.
Bantuan Rakyat 1Malaysia ini telah mula diperkenalkan pada 2012. Sejak dari itu, ramai golongan sasaran di Malaysia telah mendapat manfaat.
Terima kasih kepada kerajaan, harapnya bantuan BR1M yang dinaikkan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh golongan penerima.