Keputusan Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah bagi kategori SEO telah saya umumkan sebelum ini. Dan saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan blogger yang telah menang, dan yang berjaya menjadikan entri mereka kekal terbaik di dalam enjin carian Google Malaysia.
Pemenang Artikel Terbaik Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Pemenang Hadiah RM100 Setiap Seorang
Saya telahpun memilih 3 orang pemenang daripada senarai peserta Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah ini. Mereka yang telah berjaya untuk kategori ini ialah ...Hadiah Saguhati RM50
Antara perkara penting yang dicari untuk memilih kategori entri terbaik ialah- menyatakan mengenai konsep telekung one piece
- menyatakan mengenai persoalan berkaitan memakai telekung bercorak/berwarna
- menyatakan mengenai jenis fabrik - english cotton/italian valentro, keistimewaannya.
- menyatakan jenis-jenis telekung Reehans
- huraian ringkas, padat mengenai - 'Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria'
Perkara-perkara penting ini saya secara amnya peroleh setelah melakukan pembacaan dua tiga kali pada setiap artikel peserta. Dan ianya juga bersesuaian dengan ciri-ciri unik yang ada pada telekung jenama Reehans Telekung.
Maaf Kerana Ambil Masa Pemilihan Pemenang
Saya ingin memohon maaf kerana mengambil masa untuk memilih pemenang untuk kategori ini. Agak sukar memilih dek kerana artikel dan post peserta memang semuanya hebat dan terbaik. Dan sebagai seorang newbie dalam penganjuran kontest seperti ini, saya mungkin tidak secekap penganjur yang lain.Apapun, saya berharap keputusan yang telah saya umumkan ini diterima oleh semua. Semua keputusan adalah muktamad. Saya akan menghubungi semua pemenang menerusi Facebook, in Sha Allah.
Terima kasih kepada rakan blogger yang mendoakan kesihatan saya, sehingga membolehkan saya menunaikan tanggungjawab sebagai penganjur kontest SEO yang julung kali saya buat.
Terima kasih kepada penaja-penaja yang telah bersama menjayakan kontest ini. Alhamdulillah.