6 Idea Sempoi Menulis Tajuk Entri. Wah, sudah agak lama saya tidak mengeluarkan idea-idea terbaik berkaitan tips menulis blog untuk dijadikan panduan blogger Malaysia. Kali ini, disebabkan saya terpanggil mahu bantu beberapa rakan blogger yang kering idea mengenai cara menulis tajuk entri yang menarik, maka saya sediakan 6 tips sempoi untuk menulis tajuk entri yang boleh mengundang rasa ingin tahu, dan seterusnya meningkatkan trafik blog.

Anda mungkin pernah membaca beberapa siri tips blogging mengenai teknik untuk memikat pengunjung membaca entri-entri yang pernah saya kongsikan. Saya pernah huraikan beberapa teknik mudah dan terbaik untuk menulis tajuk entri tersebut, samada untuk 'memikat' enjin carian Google (teknik SEO), mahupun pengunjung blog pertama kali.

6 Idea Sempoi Tulis Tajuk Entri

Idea Sempoi Tulis Tajuk Entri
Antara teknik yang pernah saya kongsikan ialah penggunaan nombor, kaedah persoalan, psikologi-terbalik dan beberapa teknik lain. In Sha Allah, kali ini saya akan berikan 6 idea menulis tajuk entri yang boleh anda 'copy-paste' sahaja, bersandarkan dengan apa yang mahu anda tulis di dalam blog.

Bagaimana Untuk [Hasil]

Tajuk entri yang berbentuk panduan seperti ini sangat popular untuk menarik perhatian pembaca. Selalunya golongan pembaca yang mahukan keputusan atau hasil segera akan terpikat untuk membca entri-entri seperti ini. Mereka tidak mahu ulasan atau membaca artikel panjang berjela, tetapi lebih kepada sesuatu yang bersifat objektif dengan hasil yang mereka mahu.

Contohnya ...
  • Bagaimana Untuk Hasilkan Jutaan Trafik Blog Sebulan
  • Bagaimana Untuk Mendapatkan Rumah Kos Rendah
  • Bagaimana Untuk Mengisi Borang BR1M Online

[Bilangan] Sebab ______

Pembaca sukakan senarai. Saya sendiri selalu menulis mengenai sesuatu senarai. Entri seperti ini pasti akan memberikan impak sangat positif untuk trafik blog. Malah, enjin carian juga sukakan entri-entri seperti ini. Lebih panjang senarai, maka lebih baik. Peruntukan masa untuk anda menulis entri seperti ini, dan buat selidik penyelidikan bagi memantapkan senarai anda.

Contohnya ....
  • 10 Sebab Mengapa The Vocket Jadi Popular
  • 30 Sebab Lelaki Terpikat Pada Wanita Berpayu Dara Besar
  • 5 Sebab Paling Awesome Memilih iPhone 6s

Mengapa Setiap ______ Patut Tahu Mengenai _______

Tajuk seperti ini jarang ditulis oleh blogger Malaysia. Tapi ia sangat sesuai untuk blog yang mempunyai niche lebih spesifik seperti blog keusahawan, blog kerjaya, blog bisnes dan seumpamanya. Ia kenalpasti sasaran golongan pembaca, dan menarik perhatian dengan tajuk yang berkaitan dengan diri mereka.

Contohnya ...
  • Mengapa Setiap Blogger Patut Tahu Mengenai Kepentingan SEO
  • Mengapa Setiap Peniaga Online Patut Tahu Mengenai Pendaftaran SSM
  • Mengapa Setiap Kontraktor Patut Tahu Mengenai E-Perolehan Kerajaan

Kenapa ____ Adalah ______

Pembaca sukakan informasi dan penerangan yang berbeza perspektif. Dan idea sempoi tulis tajuk entri seperti ini memberikan mereka apa yang mereka mahukan.

Contohnya ....
  • Kenapa Menulis Blog Adalah Bagus Untuk Perniagaan
  • Kenapa Emak Saya Adalah Lebih Hebat Daripada Emak Anda
  • Kenapa Perodua Axia Adalah Lebih Cool Daripada Proton Iriz

[Bilangan] Cara Untuk Elak ______

Saya boleh kategorikan idea menulis tajuk entri ini sebagai reverse-psychology. Agak berlawanan dengan idea nombor #2, di mana anda ketengahkan perkataan 'elak' yang bersifat negatif untuk menarik perhatian pembaca. Banyak kajian yang membuktikan bahawa manusia sukakan perkara yang ada unsur seperti ini. Malah, ramai yang akan ingat lebih baik mengenai perkara negatif daripada perkara positif. Anda boleh jadikan idea menulis tajuk entri ini untuk mendidik dengan menulisnya sebagai mengelakkan melakukan perkara yang tidak bermanfaat.

Contohnya ...
  • 5 Cara Untuk Elak Malam Pertama Yang Lesu
  • 13 Cara Untuk Elak Terkena Jerat Flexi-Credit Courts
  • 10 Cara Untuk Elak Suami Digoda Wanita Lain

_______ Saya [Hasil]

Jika anda ada pengalaman sendiri yang telah memberikan hasil dan impak positif, maka kongsikan ia di dalam blog anda. Pembaca sukakan tajuk entri ini yang bersifat lebih personal, intim dan original. Fikirkan kejayaan yang telah anda capai, dan beritahu pembaca bagaimana nak mencapainya.

Contohnya ....
  • Teknik Rahsia Saya Kuruskan Badan
  • Kaedah Pantas Saya Mendapat USD100 Dalam Seminggu
  • Cara Terbaik Saya Memujuk Anak-Anak Suka Ke Sekolah 

Ok. Bagaimana dengan tips blogging daripada saya kali ini? Adakah berbaloi anda baca dari awal sehingga habis? Jangan lupa untuk follow blog ini dari semasa ke semasa agar anda tidak terlepas tips seperti ini.

Saya harap entri ini dapat bantu rakan-rakan blogger yang tidak tahu cara untuk menulis tajuk entri yang bagus. Idea sempoi menulis tajuk entri ini bukan hanya meransang pembaca untuk klik satu persatu tajuk entri yang ada, tetapi ia juga merupakan tajuk-tajuk yang ada nilai dan beri manfaat secara tidak langsung. Teknik dan idea menulis tajuk entri seperti ini juga adalah mesra SEO, dan boleh memberikan impak trafik berpanjangan, in Sha Allah.



Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement