Saya puji tindakan yang dilakukan oleh SKMM. Apa yang telah dilakukan ini menunjukkan bahawa SKMM memang menjalankan tanggungjawabnya dan bukan seperti pendapat sesetengah orang yang sering memperlekehkan kerja SKMM.
Pemilik Web Animasi Lucah Muslimah Ditahan SKMM

Pemilik laman web animasi lucah Muslimah itu akan diambil tindakan di bawah seksyen 233(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali. Ia akan didakwa kerana menyalahgunakan perkhidmatan aplikasi untuk tujuan yang tidak bertanggungjawab, yang menyalahi ajaran agama Islam serta nilai murni masyarakat Malaysia.

Malah, tindakan juga boleh diambil di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang mana hukuman yang diperuntukkan ialah penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Awas Dengan Aplikasi Lucah - Cara Membuat Aduan Kepada SKMM
Jadi, kepada anda semua, waspadalah dengan aplikasi-aplikasi yang merosakkan ini. Buat ibu bapa seperti saya seorang househusband, perlu pantau anak-anak yang ada akses kepada internet serta aplikasi online ini terutama menerusi gadjet yang mereka anda.Aplikasi animasi lucah Muslimah ini boleh dimuat turun dengan mudah menerusi laman web termasuk juga Google Play, jadi SKMM tidak dapat memantau secara keseluruhannya tanpa kerjasama masyarakat terutama sekali ibu bapa. Ibu bapa, masyarakat kena proaktif dengan membuat laporan kepada SKMM dan juga polis supaya kejadian seperti ini dapat dibendung.
Aduan SKMM Hotline: 1-800-188-030 (Monday to Friday 8:30am - 5:30pm excluding public holiday)
Online Complaint : http://aduan.skmm.gov.my
Email: aduanskmm@cmc.gov.my
SMS : SKMM ADUAN [complaints details] and sms to 15888
Fax : +603 - 8688 1880
Operating Hours: 9:00 am - 4:30 pm (Mon - Friday)
Break Time: 12:30 noon - 1:30 pm (Mon - Thurs) ; 12:30 noon - 2:30 pm (Friday)