Ia telah menjadi antara informasi viral di laman sosial sehingga menyebabkan rasa kurang senang rakyat Malaysia secara amnya. Ramai yang telah berkongsi informasi salah tersebut sehingga membuatkan pihak JPN terpaksa mengeluarkan satu kenyataan akhbar bagi memperbetulkan fakta, dan meredakan ketidakpuas-hatian sesetengah pihak.

Harga Bayaran Proses Permohonan MyKad JPN
Laman sosial Facebook JPN dihujani banyak pertanyaan mengenai harga bayaran proses permohonan terkini MyKad tersebut.Di bawah ini merupakan sebahagian kenyataan media oleh JPN berkaitan harga bayaran terkini proses permohonan MyKad, termasuklah harga proses permohonan gantian MyKad. Ia masih kekal RM10, manakala untuk permohonan MyPR masih RM40.

Harga Proses Permohonan MyKad Kekal RM10
Berita kenaikan harga bayaran proses permohonan MyKad yang menjadi viral itu hanyalah satu spekulasi dan kemungkinan salah faham mengenai harga proses lain - yang saya fikir ada kaitan dengan denda untuk MyKad yang hilang. Setakat yang saya tahu, harga proses permohonan MyKad masih lagi kekal RM10, dan untuk MyPr bagi bukan warganegara masih lagi RM40.Bayaran proses bagi kehilangan MyKad masih lagi kekal RM100, dengan harga bayaran permohonan ini kekal RM10 untuk kehilangan kali pertama, kedua dan ketiga, manakala bayaran proses gantian untuk kehilangan MyKad kali kedua, dan ketiga; masih kekal RM200 dan RM300.
Untuk info lebih tepat, sila rujuk laman sesawang JPN - Perkhidmatan MyKad JPN