Bagi blogger yang mempunyai akaun Adsense, inilah masanya untuk buat duit dalam USD. Letakkan iklan Adsense di dalam entri-entri berkaitan Malaysia, terutama sekali berkaitan tips melancong di Malaysia. Ini termasuklah juga dengan aspek budaya yang unik.
Budaya Malaysia Memang Unik
Cuba anda lihat gambar di bawah ini. Dari satu gambar ini sahaja, anda boleh membuat beberapa entri mengenai kelebihan dan keunikan yang ada di Malaysia. Saya pasti, akan ada pelancong luar yang akan membaca blog anda. Usah risau mengenai bahasa, kerana blog blogspot akan tersedia automatik Google Translation untuk kemudahan pengunjung luar. Jika mahu lebih mudah, letakkan sahaja widget translator Google dalam blog.
Hanya aplikasinya beberapa tips Adsense yang pernah saya berikan, in Sha Allah, income Adsense anda boleh berganda dari sebelumnya.
Situasi RM yang lemah, dan USD yang mengukuh menyebabkan Malaysia menjadi antara destinasi pilihan pelancong luar. Dan sudah semestinya mereka ini, sebelum memilih Malaysia sebagai destinasi percutian, tentu sekali akan gunakan khidmat Google untuk mencari maklumat dan info mengenai Malaysia, apatah lagi mengenai budaya di sini, serta tempat menarik yang ada.

Begitulah caranya bagaimana AirAsia mempromosikan Malaysia, menerusi budaya unik masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, agama dan bangsa. Walaupun dikenali sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang murah dunia, namun ia tidak menjadikan mereka sebuah syarikat penerbangan yang lemah. Malah, ia berjaya mencatat keuntungan dan sering memberikan sesuatu yang terbaik untuk rakyat Malaysia (menerusi tawaran tambang murah).
Jadi, sebagai blogger cubalah contohi apa yang AirAsia ini buat. Murahkan kandungan blog anda dengan informasi-informasi berkaitan Malaysia. Anda blogger Malaysia, maka perkara itulah yang sepatutnya anda tulis!
Bukannya menulis supaya pekung Malaysia didedahkan kepada dunia sehingga segala aib terbuka.