Ramai yang nak tahu bagaimana blog yang kini sudah dikenali sebagi blog Sifu Blogger, terus mantap berada di enjin carian khususnya dan di internet amnya; walaupun sudah memasuki zaman di mana blog-blog informasi dan berita mengambil banyak tempat dalam enjin carian.
Tatacara Perkenalkan Blog di Internet

Alhamdulillah, hanya jika dicuba barulah tahu, dan saya sendiri telah mencubanya untuk perkenalkan blog baru saya, dan inilah hasilnya.


Langkah Demi Langkah Untuk Perkenalkan Blog di Internet
Ok. Ikuti tips di bawah ini.- Dapatkan template yang responsif yang mesra SEO. Google je, anda boleh dapat secara percuma. Download template blogger tu dan gunakan terus. Sebelum guna, baca dahulu arahan dan nota-nota penting yang disediakan dalam fail download tu. Kadangkala, kat laman web yang ada link download tu pun ada beritahu beberapa tips, panduan, dan ubahsuaian yang perlu dibuat. Ini penting!
- Entri pertama yang anda tulis mesti sama dengan tajuk blog, atau setidak-tidaknya mesti gunakan kata kunci yang anda mahu blog anda ditemui di enjin carian atau internet. Pastikan panjang entri tersebut lebih daripada 300 patah perkataan, cuba baca entri pertama ini - Rujukan Blogger Blogspot Malaysia
- Sediakan paling tidak 10 entri baru. Ini penting! Buat entri dahulu sebelum share di mana-mana!
- Sediakan satu fb fanpage khas dengan nama blog sama. Kongsikan entri pertama anda di fb fanpage tersebut setelah mendapat lebih daripada 100 likes.
- Ping entri tersebut di laman ping agregator berikut - babab.net, blogged.my dan seterusnya.
- Ping blog berserta entri-entrinya menerusi Search Console Google.
- Daftarkan blog baru anda itu di Webmaster Tools dan juga Google Analytics. Hantar sitemap blogspot baru anda menggunakan fungsi yang ada di Webmaster Tools iaitu submit sitemap.
- Tulis lagi entri baru untuk memberitahu bahawa blog anda 'hidup' dan dikemaskini.
- Kongsi entri blog di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga Group Blogger untuk dapatkan 'social signal'.
- Dapatkan backlinks dari blog-blog yang ada Google Pagerank yang lebih tinggi. Ada dua cara, satu percuma, satu berbayar. Percuma ialah menerusi bloglist, segmen atau kontest. Berbayar ialah dengan cara hubungi pemilik blog, dan nyatakan untuk letak link di blog.
Siap.
In Sha Allah, kurang daripada 30 hari, blog anda sudah boleh dicari di enjin carian di internet.
Mana-mana bahagian yang anda tidak faham dalam tatacara di atas, anda boleh Search di blog ini. In Sha Allah, anda akan jumpa beberapa artikel untuk bantu anda.
Semoga berjaya.