Kontest ini dianjur dan dikelolakan oleh saya dengan penaja utama Reehans Telekung, bersama tiga rakan penaja lainnya. Tujuan utama kontest ini diadakan adalah sebagai mempromosikan produk bumiputera Muslim iaitu telekung eksklusif dan istimewa daripada Reehans Telekung yang dihasilkan daripada material terbaik bagi keselesaan beribadah buat Muslimah.
Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Kategori Kontest
Kontest ini terbahagi kepada dua kategori:- Artikel Terbaik - Artikel terbaik akan dinilai dari segi kualiti dan originaliti isi kandungan. Ia mestilah menyampaikan tujuan dan motif kontest ini. Gaya penceritaan menarik dan kreatif akan diambil kira untuk menentukan artikel terbaik. Ia juga memberikan peluang kepada peserta lain untuk mengasah teknik penulisan bermutu dan penulisan berbentuk advertorial terbaik.
- Artikel Mesra SEO - Artikel yang unggul di enjin carian pada waktu dan masa penilaian akan diambil kira sebagai artikel mesra SEO terbaik. Penulisan artikel mestilah dihasilkan dengan gaya penulisan berkualiti dengan menggunakan teknik SEO yang betul supaya unggul di enjin carian.
Hadiah-Hadiah Kontest
Hadiah untuk pemenang adalah seperti berikut:- Artikel Terbaik
- 3 pemenang x RM100 setiap pemenang
- Artikel SEO
- Tempat pertama - RM400
- Tempat kedua - RM200
- Tempat ketiga - RM150
- Tempat keempat - RM100
- Tempat kelima - RM50
Tempoh Kontest
- Bermula dari 15 Ogos 2015 sehingga 30 September 2015 (Sebulan Setengah)
- Artikel perlu diterbitkan dan dihantar sebelum 15 September 2015
Syarat Penyertaan
- Terbuka kepada semua blogger Malaysia, kecuali penganjur dan penaja.
- Tajuk artikel yang perlu ditulis mestilah menggunakan tajuk - "Telekung Reehans Pilihan Muslimah" atau variasi darinya.
- Sebuah blog hanya boleh hantar sebuah artikel penyertaan tetapi tidak terhad kepada seorang blogger. Ini bermakna, penyertaan dikira berdasarkan blog (seorang blogger boleh hantar lebih dari satu asalkan dari blog berbeza); walaubagaimanapun, seorang peserta hanya layak menang satu hadiah untuk setiap kategori sahaja.
- Setiap artikel layak untuk kedua-dua kategori.
- Artikel atau entri perlu ditulis melebihi 300 patah perkataan.
- Isi kandungan artikel mestilah mempunyai ...
- Sedikit latar belakang Reehans Telekung
- Informasi mengenai material dan variasi Reehans Telekung
- Tagline ini - "Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria"
- Gambar produk Reehans Telekung
- Disarankan tulis sesuatu yang boleh memberikan lebih dari sekadar mempromosikan Reehans Telekung.
- Masukkan maklumat berikut di dalam entri berkenaan:
- Anda boleh rujuk dan gunakan segala material yang ada pada facebook dan juga website Reehans Telekung untuk membantu penulisan artikel atau entri kontest.
- Tidak dibenarkan entri copy-paste, penyertaan akan dibatalkan jika terdapat kesamaan lebih daripada 50%.
- Peserta WAJIB untuk LIKE Facebook Reehans Telekung, dan dialu-alukan untuk share dan tweet entri penyertaan masing-masing, mungkin akan bantu entri tersebut untuk SEO dan dijadikan panduan untuk dinilai dalam artikel terbaik.
- Akhir entri WAJIB letak link penganjur dan juga penaja (kod HTML akan disediakan)
- Semua artikel atau entri penyertaan kontest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah mestilah dihantar menerusi ruangan komen di sini - Senarai Peserta Kontest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Info Lanjut dan Tempahan
WhatsApp/Tel: +6011-14481591
Email: reehanstelekung@gmail.com
Facebook: Reehans Telekung
Website: www.reehans.com
Keputusan Dan Pemilihan Pemenang

- Pemilihan dan pengumuman pemenang untuk kategori artikel terbaik akan dibuat selewat-lewatnya dua minggu selepas tarikh tutup hantar penyertaan iaitu pada 15 September 2015.
- Pemilihan dan pengumuman pemenang untuk kategori SEO akan dibuat selewat-lewatnya 5 hari selepas tarikh tutup kontest iaitu pada 30 September 2015. Penilaian kedudukan artikel SEO akan mula dibuat pada 1 Oktober 00:00 hour, bersandarkan kepada kata kunci - "Telekung Reehans Pilihan Muslimah" di enjin carian Google.com.my menggunakan pelayar internet Crome Incognito.
Penganjur ada hak untuk membuat sebarang perubahan terhadap syarat kontest dan juga nilai hadiah jika dirasakan perlu.
Senarai peserta serta senarai pemenang akan dikeluarkan di blog ini, dan setiap pemenang akan dihubungi menerusi Facebook.

Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur.Akhir kata, doakan perjalanan kontest ini dipermudahkan dan saya diberikan kesihatan yang baik sepanjang kontest ini berlangsung. Semoga berjaya kepada semua peserta.
Boleh baca entri ini - Panduan Memilih Telekung Solat sebagai salah satu idea untuk entri.
p.s: keyword Telekung sukar untuk beat di Google, kalau siapa dapat tempat teratas tu memang hebat sekali. Long keyword digunakan untuk menaikkan jenama Reehans Telekung ini sebagai artikel awareness.