Harga tiket masuk ke Zoo Negara ketika itu adalah RM30 untuk dewasa, manakala untuk kanak-kanak adalah RM10. Harga yang diberikan ialah harga tiket masuk Zoo Negara untuk warga Malaysia dan tidak termasuk harga tiket untuk memasuki kompleks Panda Gergasi yang ketika itu baru sahaja beroperasi. Saya ada berkongsi mengenainya menerusi entri Harga Tiket Terkini Zoo Negara untuk Pelajar Sekolah.
Harga tiket terkini sudah tidak lagi RM30 seperti yang diwartakan pada Februari 2015, tetapi sudah dinaikkan sebanyak RM1 untuk kanak-kanak dan sebanyak RM2 untuk dewasa.
Harga Tiket Masuk Terkini Zoo Negara Malaysia 2015
Harga terkini selepas GST diimplementasi adalah seperti berikut:
Harga lama tiket masuk ke Zoo Negara (Februari 2015) seperti ditunjukkan di bawah.

Video Berkaitan Kelahiran Anak Panda Gergasi Zoo Negara Malaysia
Mahu rasa berbaloi dengah harga tiket Zoo Negara yang anda bayar, pastikan anda jelajah seluruh pelusok zoo ini, dan rakamkan foto-foto menarik tentang haiwan yang ada. Dan pastikan anak-anak anda belajar sesuatu dari lawatan yang anda buat, kerana pengalaman melihat haiwan liar dari dekat bukan mudah.
Brosur Zoo Negara

Untuk info lebih lanjut mengenai aktiviti yang ada di Zoo Negara, bolehlah layari laman web rasmi di zoonegaramalaysia.my
Anda juga boleh muat-turun percuma brosur yang telah disediakan di pautan berikut - Muat Turun Brosur Zoo Negara Terkini 2015
Tips Berkunjung ke Zoo Negara Malaysia
Sedikit tips apabila berkunjung ke Zoo Negara- Sediakan air mineral secukupnya
- Bawa payung
- Bawa kamera (kena caj RM15)
- Bawa tisu, atau kain tuala kecil
- Bawa beg kecil untuk simpan makanan ringan
Semoga bermanfaat.