Dah masuk bulan Ogos. Bulan Ogos adalah bulan Kemerdekaan atau Bulan Kebangsaan buat Malaysia. Tentu ramai yang ingin tahu mengenai logo dan tema Hari Kemerdekaan ke 58 tahun 2015. Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan buat kali kelima puluh lapan ini menggunakan logo berbentuk hati dengan tema #SehatiSejiwa.

Mulai tahun 2015, sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan Malaysia tidak akan disebut mengikut angka tetapi disebut bersandarkan tahun. Jadi, selepas ini, anda tidak akan lagi mendengar ucapan sambutan Hari Kebangsaan ke __, tetapi disebut menjadi Hari Kebangsaan Tahun ___.

Hari Kebangsaan Malaysia 2015

Foto Logo dan Tema Hari Kebangsaan Malaysia 2015
31 Ogos tahun 2015 adalah merupakan hari ulangtahun kemerdekaan negara buat kali yang ke 58 dari penjajah British. Setiap tahun, rakyat negara ini akan menyambut hari bersejarah 31 Ogos sebagai simbolik menyatakan rasa syukur dibebaskan dari cengkaman penjajahan.

Tema Hari Kebangsaan 2015

Tema Hari Kebangsaan 2015 kali ini ialah #SehatiSejiwa. #SehatiSejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada, demikianlah menurut menteri yang terbabit merasmikan logo dan tema Hari Kebangsaan tahun 2015 ini.

Ia juga untuk melambangkan perpaduan di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak; dan menggambarkan bahawa rakyat negara ini akan #sehatisejiwa dalam apa juga cabaran, dugaan dan musibah yang melanda Malaysia.

Foto Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2015

Saya kongsikan foto logo Hari Kebangsaan Malaysia 2015 untuk anda semua hayati. Dan marilah semarakkan tema Hari Kebangsaan 2015 #SehatiSejiwa dan zahirkan ia agar Malaysia kekal aman, bersatu dan menjadi negara yang dipandang tinggi dan mulia oleh dunia.
Foto Logo Hari Kebangsaan 2015 Malaysia



Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement