Tarikh PLUS berikan rebat tol 50 peratus semasa cuti Hari Raya Aidilfitri 2015. Saya fikir ramai dah tahu bahawa pihak Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah umumkan bahawa akan memberikan rebat tol sebanyak 50 peratus untuk Hari Raya Aidilfitri 2015.

Pihak PLUS menawarkan untuk memberikan rebat tol sebanyak 50 peratus kepada pengguna kenderaan kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. Tarikh-tarikh tersebut merupakan tarikh hari-hari bukan puncak bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015.

Rebat ini walaubagaimanapun, hanya boleh dinikmati bagi pengguna lebuh raya untuk jarak perjalanan melebihi 100 km pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan oleh PLUS.
Tarikh PLUS Berikan Rebat Tol 50 Peratus Cuti Raya Aidilfitri 2015

Tarikh PLUS Berikan Rebat Tol 50 Peratus Cuti Raya Aidilfitri 2015



Kadar Rebat TolTarikh Perjalanan
50 Peratus13 dan 23 Julai 2015
40 Peratus14 dan 22 Julai 2015
30 Peratus 15 dan 21 Julai 2015

Rebat tersebut hanya boleh dinikmati jika pengguna lebuhraya menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go atau SmartTAG sahaja. Rebat ini tidak diberikan untuk pengguna lebuhraya yang membayar menggunakan tunai. Jadi, kalau anda mahukan rebat ini, perlulah dapatkan kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go sebelum pulang ke kampung berhari raya ye .. huhuhu...

Syarat Mendapatkan Rebat Tol PLUS Aidilfitri 2015

  1. Gunakan lebuhraya PLUS pada tarikh bukan puncak.
  2. Membayar menggunakan kad PLUSMiles dan Touch 'n Go.
  3. Perjalanan mesti lebih 100 km pada tarikh tersebut.
  4. Hanya untuk kenderaan kelas 1 sahaja.

Kata PLUS, cara pemberian rebat tol sehingga 50 peratus ini adalah sebagai langkah untuk mengagihkan trafik pada hari-hari bukan puncak. Almaklumlah, lebuhraya kita ni dah tak berapa nak muat tampung jutaan kenderaan time time begini.

Cadangan ini pada saya amat baik, terutama untuk mereka yang merancang dengan teliti untuk pulang ke kampung pada Hari Raya Aidilfitri 2015. Setidaknya bolehlah berjimat sedikit memandangkan harga minyak petrol yang telah naik sejak awal Julai 2015....huhu.. baliklah kampung ye .. jenguk mak, ayah dan sedara mara .... tak kesian ke kat derang tu .. :)

Semoga informasi ini bermanfaat, dan membantu anda untuk merancang perjalanan dengan lebih jimat dan selamat, in Sha Allah.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hye..syira lokman jenguk sini n doakan semoga awak murah rezeki :)

    BalasPadam
  2. semoga info nih berguna kepada yang ingin balik ke kampung menjelang raya nanti..

    BalasPadam
  3. boleh lah jimat duit raya ni... ada juga yang prihatin oiii

    BalasPadam
  4. bagi rebat pun hari yang tak sepatutnya......tak bagi pun tak pe....nak tujuk kata baik le.....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement