3 Perkara Merunsingkan Blogger Baru
Ramai blogger baru yang sering rungsing mengenai beberapa perkara, antara yang paling selalu menjadi perhatian mereka ialah:- Jumlah follower blog.
- Kadar pageviews atau hits.
- Jumlah komen yang ditinggalkan.
Tiga perkara ini selalu dan sering ditanyakan kepada saya oleh blogger-blogger yang baru berjinak di dalam dunia blog Malaysia. Mereka nyata terlalu ingin mengetahui cara dan kaedah untuk meningkatkan jumlah angka bagi ketiga-tiga perkara tersebut.

Kayakan Blog Dengan Kandungan
Namun begitu, saya suka tekankan bahawa untuk memperoleh angka yang baik untuk ketiga-tiga perkara itu, sangat penting untuk blogger baru memperkayakan kandungan blog. Kekerapan untuk update dan mempunyai entri-entri menarik setiap hari adalah antara kunci kejayaan ramai blogger di Malaysia.Apabila blog mempunyai konten yang pelbagai, kaya dengan informasi, kaya dengan cerita, anda sebenarnya memberikan banyak pilihan untuk pengunjung dan membaca mengeledah blog anda. Apabila ini berlaku, angka-angka berkaitan jumlah follower, jumlah hits, dan juga jumlah komen akan meningkat dari semasa ke semasa.
Itulah yang telah saya amalkan sejak mengetahui teknik untuk mendapatkan jumlah pengunjung yang tinggi dan meningkatkan follower blog.
Tak tahu cara nak tingkatkan konten blog? Cuba ambil kaedah berikut - Tips Menulis Secara Konsisten
Tak ada idea nak menulis, atau idea tersekat untuk menulis entri baru? Cuba kaedah dan tips berikut:
- Entri Kronologi Menarik Minat Pembaca
- 7 Tips Menulis Entri Blog Hari-Hari
- hTips Menulis Entri Ribuan Pembaca
Dan banyak lagi perkongsian saya berkaitan tips dan panduan blogger yang boleh anda baca bagi mendapatkan statistik blog bulan Jun 2015 seperti blog ini.
In Sha Allah, saya akan mulakan perkongsian menerusi Tips Blogging 101 tidak lama lagi. Jadi, saya harap anda setia mengikuti blog ini, dan jangan lupa untuk jadi sebahagian daripada rakan anda yang telah bergabung di dalam page blog HASRULHASSAN.COM.