Senarai lengkap kabinet baru. Berikut saya kongsikan senarai kabinet baru yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dari Putrajaya. Pengumuman itu dibuat pada jam 1:45 petang dengan dihadiri beberapa barisan menteri kabinet sedia-ada. Ini telah mengesahkan mengenai desas-desus rombakan kabinet yang diterbitkan oleh beberapa rakan blogger serta laman web tertentu.

Pengumuman mengenainya telah mengesahkan mengenai beberapa nama tokoh politik Malaysia yang digugurkan. Paling menarik perhatian ialah pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan diganti oleh Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Malah, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berada di dalam senarai kabinet baru ini, meskipun beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO.
Senarai Kabinet Baru Julai 2015

Ok. Mari lihat senarai kabinet baru ini yang telah saya kemaskini sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri menerusi RTM1 jam 1:30 petang 28 Julai 2015.

Senarai Lengkap Kabinet Baru Julai 2015

Senarai lengkap anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015 adalah dipaparkan seperti di bawah ini.
Senarai Lengkap Senarai Kabinet Baru Julai 2015

[Tonton] [VIDEO] Kenyataan Rasmi dari Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai Rombakan Kabinet 29 Julai 2015

Senarai Kabinet Baru Akhir Julai. Rombakan Melibatkan Timbalan Perdana Menteri?
Saya bukanlah gemar bercerita mengenai senario politik negara, tetapi sesekali saya ambil tahu juga. Yelah, sebagai seorang rakyat yang susah payah beratur untuk mengundi di Pilihanraya Umum (PRU), pastilah sebarang perubahan besar kena alert terutama melibatkan pentadbiran dan senarai kabinet.

Sebelum pengumuman dibuat, beberapa cakap-cakap telah tersebar mengenai rombakan kabinet ini, mari lihat beberapa perkara yang diperkatakan itu.

Senarai Kabinet Baru Yang Dilaporkan Sebelum Pengumuman Dibuat

Daripada beberapa sumber, saya kongsikan beberapa perkhabaran (cakap-cakap) umum mengenai senarai kabinet yang bakal dirombak, dan dijangka menjadi senarai kabinet baru yang dipercayai akan diumumkan sekitar akhir bulan Julai 2015.
  • Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi tanpa sebarang portfolio dalam kabinet baru.
  • Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diramalkan menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri yang baru seandainya benar Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dalam senarai kabinet baru.
  • Beberapa nama menteri bakal digugurkan dalam senarai kabinet baru iaitu Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Hassan Malek, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri G Palanivel.
  • Datuk Abdul Rahman Dahlan yang kini menjawat jawatan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, akan diberi tanggungjawab sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.
  • Datuk Ahmad Shabery Cheek pula dikatakan akan kembali menerajui Kementerian Belia dan Sukan.
  • Khairy Jamaluddin akan ditukarkan ke Kementerian Sumber Manusia atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  • Datuk Ahmad Maslan yang popular di media sosial dijangka dilantik sebagai menteri penuh di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menggantikan Datuk Seri Shafie Apdal.
  • Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin dikatakan akan dilantik sebagai timbalan menteri.
  • Beberapa nama lain juga akan dinaikkan pangkat menjadi timbalan menteri antaranya disebut ialah Ahli Parlimen Sekinjang, Anuar Manap, dan juga Ahli Parlimen Kepala batas Datuk Seri Reezal Merican.

Ini antara beberapa sumber berita yang melaporkan mengenai bayangan kabinet baru akhir Julai sebelum pengumuman rombakan kabinet hari ini (28 Julai 2015).

Perdana Menteri sudah umumkan kabinet barunya, kini kita lihat bagaimana menteri-menteri baru dan yang telah bertukar portfolio ini menjalankan tanggungjawab mereka. Mungkinkah satu perubahan besar akan berlaku dalam senario politik Malaysia selepas pengumuman senarai kabinet baru Julai 2015 ini?

Sumber: Pejabat Perdana Menteri, Astro Awani, MyKMU.net

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement