Menang Raya Giveaway hadiah baucer RM150 dari Nile.com.my. Alhamdulillah, tak sangka pula blog saya boleh menang hadiah baucer shopping online Nile.com.my bernilai RM150. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan blogger Lyssa Faizureen yang beritahu saya mengenai Raya Giveaway ini. Rezeki beberapa hari sebelum Raya 2015.

Saya sebelum ini ada warkan mengenai giveaway yang best ini menerusi entri - Raya Giveaway - Jualan Raya Meletop 2015. Menerusi laman web Nile.com.my; saya dapati tak ramai pun yang join, jadi mungkin rezeki Allah S.W.T nak beri, daripada 110 peserta tu, saya antara 5 yang bertuah terpilih untuk menang baucer Raya Giveaway bernilai M150.

Menang Raya Giveaway RM150 Nile.com.my

Menang Raya Giveaway RM150 Nile.com.my

Keputusan Raya Giveaway itu telah diumumkan pada jam 4:30 petang 15 Julai 2015, di mana pemilihan pemenang telah dibuat menerusi Random.org pada jam 12 tengahari hari yang sama. Antara rakan blogger lain yang turut bertuah menang hadiah dalam giveaway ini ialah:

  1. http://mawarberduri4147.blogspot.com
  2. http://www.hasrulhassan.com
  3. http://akuvsdiashadhira.blogspot.com
  4. http://www.jiarizaira.com
  5. http://www.inaainaa.com
Bila dah menang, apalagi .. tak tunggu dah, terus je buat tempahan belian ... yelah, nak grab harga diskaun yang ditawarkan di Nile.com.my sempena Raya 2015. Dapatlah beberapa produk yang berkenan di hati. Alhamdulillah, servis penghantaran oleh Nile menggunakan GDex memang pantas, dan semua produk telah diterima dengan selamat sekembalinya saya dan keluarga dari bercuti pulang ke kampung berhari raya.

[Baca] Semak penghantaran GDex dan lebih 10 kurier dengan mudah menerusi ExpressTrack.net

Saya telah menggunakan baucer Nile bernilai RM150 untuk mendapatkan 5 barang, antaranya skirt labuh untuk isteri saya, sehelai kemeja lelaki, produk aksesori kereta dan juga dompet baru gaya Korea yang awesome .. haha.
Pengalaman pertama beli belah di Nile.com.my
Menang Raya Giveaway RM150 Nile.com.my
Walaupun ada beberapa kesukaran dan masalah ketika pembelian menggunakan baucer berlaku, tetapi tindakan pantas oleh pihak pengurusan Nile telah menyelesaikannya dengan terbaik. Saya cukup puas hati.

Ini adalah pengalaman pertama saya 'membeli-belah' di Nile.com.my; dan saya puas hati, baik dari segi servis mahupun produk yang dijual.

Mungkin saya akan kembali lagi ke Nile untuk shopping online di lain ketika...hoho .. manalah tahu kot-kot ada fesyen Korea yang berkenan di hati .. hehehee.

Terima kasih Lyssa Faizureen, terima kasih Nile.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement