Saya sudahpun terima email dari ChurpChurp mengenai Payment Advice yang dikirim beberapa hari lalu (4 Julai 2015), sekarang hanya tunggu cek sampai di depan pintu. Harapnya tidaklah cek itu tersesat dengan kad raya Aidilfitri 2015. Berbeza dengan platform buat duit 8Share, income yang anda dapat di ChurpChurp hanya boleh dikeluarkan menerusi cek. Agak leceh juga, tetapi ada kelebihan kenapa saya masih suka gunakan platform ChurpChurp untuk buat duit online.
Duit Raya 2015 Dari Platform Buat Duit Online ChurpChurp

Baca - Tips Peribadi Jana Income Online Menerusi ChurpChurp Malaysia
Kongsi di Laman Sosial Setiap Hari
Saya sendiri melakukannya menerusi laman sosial Facebook dan Twitter - yang kedua-duanya tidak lebih daripada 2,000 orang follower, malah akaun Facebook saya hanya diikuti (follow) seramai 419 orang sahaja. Maka, saya simpulkan tak susah mana pun nak jana income dengan platform ChurpChurp ini, sama juga dengan 8Share.Saya tunjukkan beberapa info serta promosi menarik yang telah saya kongsikan dari ChurpChurp seperti ditunjukkan di bawah ini.

In Sha Allah, dengan beberapa teknik dan cara, anda boleh gunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram untuk jana income menerusi ChurpChurp. Saya sendiri ada kongsikan beberapa tips berkaitan untuk mendapatkan income pertama secara online menerusi platform-platform ini.
Bonus Jika Ada Ramai Pengikut di Laman Sosial
Namun, tidak dinafikan, mana-mana yang popular dan ada ramai pengikut, ia merupakan satu bonus untuk buat duit dengan ChurpChurp ini. Lagi masyuk daripada 8Share, anda boleh jadi leader atau Alpha dalam ChurpChurp ini jika dapat banyak earnings.Antara blogger yang hebat buat duit berganda-ganda menerusi ChurpChurp ini ialah - Hanis Zalikha, Shea Rasol, Yuyu Zulaikha, Redmummy, Beautifulnara, Nisa Kay, Namee Roslan, Mia Suraya, Maria Elena, Cik Epal, Ceeramoon dan ramai lagi termasuklah blogger dari Singapura, Indonesia dan Filipina.
Apapun, saya fikir tiada cara yang lebih pantas, lebih mudah untuk jana income online 2-3 angka sebulan, selain mengunakan platform ChurpChurp ini. Potensi income online dengan ChurpChurp punyai had tetapi had yang ada adalah lebih tinggi dibandingkan dengan 8Share. Jangan sesekali main tipu klik ChurpChurp ini ye .. nanti kena bloced, satu usaha pun tak bernilai lagi.
Berminat nak buat duit dengan ChurpChurp? Daftar percuma sahaja. Klik pautan ini - ChurpChurp Malaysia
Churp churp ni mcm nuffnang kah? Cuma dia kira klik dimedia social?
ReplyDeleteDia tak macam Nuffnang, dia macam 8Share .. :)
DeleteBro Hasrul, kalau nak dapat info berkenaan pengalaman saya jana pendapatan dari YouTube bolehlah contact saya, mana tau boleh jadi satu artikel untuk dimuatkan di dalam blog bro..
ReplyDeleteMacamana nak contact ye? Huhuhu.. nak gak betelegu
DeleteBanyak sungguh masuk rezeki bro Hasrul ni :D
ReplyDeleteAlhamdulillah, kena rajin usaha. Kalau tak rajin, takkan dapat apa yang saya tunjukkan ni.
Deletelama juga tak login churp churp ni..ehehe
ReplyDeleteHi encik hasrul, anda pernah cuba infolinks?
ReplyDeletehttp://goo.gl/ZV6d4c
Blh share experience anda dgn infolinks? Kerana saya baru apply dgn infolinks. :)
Saya sedar ttg infolinks ni .. terima kasih James Koo, mungkin masih belum sesuai lagi untuk blog ini gunakan infolinks...
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.