Tips memaksima income blog menerusi Innity. Saya sebenarnya berat nanang nak kongsikan tips berkaitan platform pengiklanan Innity ini. Ia sebenarnya boleh dianggap sebagai satu kesalahan oleh pihak Innity. Walaubagaimanapun, saya percaya bahawa rezeki itu datangnya dari Allah S.W.T, jadi saya fikir tidak salah saya kongsikan sedikit tips untuk memaksimakan income blog kepada rakan blogger yang menggunakan Innity sebagai platform pengiklanan di blog masing-masing.

Ok. Sebenarnya apa yang saya nak kongsikan ini adalah sama sahaja terpakai untuk semua platform pengiklanan blog. Ini termasuklah Komli, H12, Geniee dan beberapa lagi platform pengiklanan yang lain, termasuklah juga Adsense. Cuma, yang membezakannya ialah cara ia dilakukan memandangkan setiap platform pengiklanan ini ada sistem dan dashboard dia tersendiri.

Tips Memaksima Income Menerusi Innity

Tips Memaksima Income Menerusi Innity
Apa yang akan saya kongsikan kepada anda mengenai tips memaksima income Innity ini adalah bersifat asas sahaja. Saya tidak boleh dedahkan kepada umum bagaimana rupanya dashboard Innity dan apakah sistem yang digunakan oleh Innity untuk memberikan income terbaik kepada pemilik-pemilik akaun Innity.

Pergunakan Alternate Ad Management Untuk Maksimakan Income Blog

Jika anda salah seorang blogger yang menggunakan Innity untuk jana income blog, maka seharusnya anda mengetahui mengenai satu fungsi di dalam Innity yang dinamakan Alternate Ad Management. Ia merupakan salah satu cabang dalam ruangan menu Manage Ad.

Menerusi Alternate Ad Management, anda sebenarnya boleh memaksima income blog dengan meletakkan kod-kod HTML iklan lain, contohnya seperti Adsense, H12, Nuffnang, Geniee dan sebagainya. Kaedah sama juga terpakai untuk anda menggunakan bahagian Alternate Ad Management untuk raih income menerusi banner-banner iklan program Affiliate seperti dari Ashadee dan juga Klikjer.com.

Ok, cuba lihat contoh dibawah ini.

Gunakan Alternate Ad Management Untuk Letak Iklan Adsense, ChurpChurp, 8Share Mahupun Banner Affiliate

Tahukah anda, saya menggunakan platform pengiklanan Innity (seperti ditunjukkan pada anak panah) untuk meletakkan iklan daripada ChurpChurp? Banner iklan ini yang saya letak menerusi Alternate Ad Management dalam Innity membolehkan saya mendapat 20-40 sen bagi setiap klik!

Tahukah anda bahawa iklan di atas itu merupakan banner iklan daripada program buat duit online ChurpChurp? Saya telah reka banner sendiri untuk diletakkan dalam platform pengiklanan Innity, dan hasilnya alhamdulillah, saya dapat juga beberapa ringgit menerusi ChurpChurp menggunakan cara ini.

Cara yang sama juga digunakan untuk promosikan produk-produk affiliate, serta iklan daripada Adsense dan juga 8Share.

Maka, kod iklan HTML Innity yang ada dalam blog saya, bukan hanya daripada Innity, tetapi disumberkan daripada beberapa platform pengiklanan lain.

Seandainya anda menggunakan platform pengiklanan ini, maka cuba gunakan fungsi Alternate Ad Management yang disediakan. Jangan sia-siakan ia kerana Innity memberikan anda peluang yang sangat baik untuk menjana income menerusi blog yang anda mahukan.

Jika tak berapa pasti tentang kaedah dan cara, anda boleh rujuk entri mengenai teknik yang sama digunakan untuk platform pengiklanan Komli yang dikongsikan menerusi entri ini - Cara Optimasi Iklan Komli

Semoga dimanfaatkan oleh rakan-rakan blogger yang lain.

p.s: Cara ini tidak melanggar terma dan syarat. Elakkan meletakkan iklan Innity menerusi teknik iklan pop up atau iklan terapung, kerana ia boleh jejaskan pengeluaran income Innity blog anda.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Salam.. Perkongsian menarik. Cuma nak tambah sikit. Hehehehe. Kalau boleh elakkan pakai adsense sebagai alternate ads innity.. Kalau google dapat tahu, nanti adsense kena ban (melanggar syarat adsense sebab adsense tak benarkan collab dengan advertiser lain yang ada fullpage ads ataupun floating/expandable ads)

    BalasPadam
    Balasan
    1. floating dengan expandale ads dalam innity boleh dinyahaktifkan.

      Padam
  2. perkongsian bagus. nanti nk buat alternate ads..

    BalasPadam
  3. Penduan yang bagus baru nak try cuba, mana tahu boleh jana income lebih

    BalasPadam
  4. Terbaik tuan. Terima kasih :)

    UNTUK MENDAPATKAN RESEPI BOLEH LAYARI Http://1001resepimama.blogspot.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement