Dah lama saya tidak kongsikan cara-cara buat duit dengan blog, khususnya menerusi dua sumber income blog iaitu advertorial dan juga platform pengiklanan. Kali ini saya nak kongsikan satu tips untuk double income pendapatan menerusi blog. Apa yang akan anda ketahui ialah bagaimana caranya dengan menulis satu post, anda akan dapat dua sumber income yang baik menerusi blog.

Tips yang dinamakan dapat double income menerusi blog ini ialah merupakan teknik untuk anda memaksimumkan income Adsense dan pada masa sama, dapat income menerusi post advertorial yang anda buat.

Tips Dapat Double Income Menerusi Blog

Cuba anda lihat contoh yang saya berikan di bawah ini. Entri di bawah ini merupakan entri advertorial yang saya tulis untuk salah seorang rakan pengiklan saya. Dalam post advertorial ini, saya menggunakan keyword pakej percutian di Langkawi. Ia merupakan satu tajuk am, tetapi ia juga menjurus kepada satu pakej khusus iaitu pakej Island Hopping di Langkawi.
Tips Dapat Double Income Menerusi Blog

Menerusi entri ini, apa yang anda dapat lihat ialah bagaimana iklan Adsense yang bersangkutan dengan isi kandungan entri ini telah keluar di bahagian atas dan sidebar blog post ini. Setiap kali pengunjung singgah dan baca entri ini, maka pengiraan income bersandarkan kepada jumlah pageviews akan dikira dalam Adsense (rpm).

Dan seandainya ada pengunjung yang tertarik dengan tawaran iklan Adsense yang dipaparkan dan klik iklan tersebut, maka makin bertambahlah kemungkinan income Adsense yang saya perolehi setiap bulan meningkat dengan baik. Ia juga akan membolehkan saya mendapat iklan-iklan bernilai tinggi apabila lebih banyak klik dihasilkan.

Inilah yang saya katakan dapatkan double income menerusi satu post di blog. Income advertorial anda dapat, income menerusi pengiklanan seperti Adsense anda akan dapat.

Baca dan dapatkan panduan ini - Teknik Sebenar Buat Duit Dengan Blog

Saya suka gunakan Adsense kerana ia mempunyai mekanisme untuk kenalpasti keyword, yang membolehkan iklan Adsense diklik oleh pengunjung dan pembaca blog. Apa yang dilakukan oleh Adsense ini dinamakan sebagai iklan kontekstual - iaitu bersandarkan kata kunci samada datang dari enjin carian Google atau keyword yang berada di dalam post yang diterbitkan di dalam blog.

Triple Peluang Jana Income Dengan Blog

Malah, kalau anda bijak, anda boleh jadikan sesebuah blog post itu untuk triple peluang jana income blog anda dengan memasukkan link affiliate di dalam blog post anda seperti yang disarankan menerusi Kitab SEO Merah Jambu dan juga Rahsia Klikjer.com.

Ok. Sedikit ringkasan bagaimana nak dapat double income menerusi satu post blog.
  1. Letakkan iklan Adsense dalam blog post jenis advertorial tersebut. Adsense juga boleh diletakkan do bahagian atas dan bawah blog post tersebut. Sidebar hanyalah sebagai tambahan.
  2. Letakkan iklan atau link affiliate di dalam blog post advertorial tersebut (jika dibenarkan pengiklan) - terutama daripada produk-produk affiliate yang mempunyai kaitan dengan isi kandungan entri.

Selamat mencuba.


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih atas perkongsian ilmu ni :D

    BalasPadam
  2. Faham dengan entri abg HH di atas.. LeYa akan cuba ikuti tips ini.

    BalasPadam
  3. Iklan adsense saya dah 3 bulan blank...macam mana nak solve kan ni eh...dah buntu gak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena letak alt pada imej, Title description pada gambar, dan sebarang link yang ada. Penting kena tulis entri lebih 300 patah perkataan.

      Padam
  4. saya banyak buat post cerita produk yang ada kalanya agak sensitif.Agak-agaknya lepas tak dari scop bahan lucah google?hihi,dah 3 kali mohon tak lulus sebab bahasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat masa ni boleh lulus lagi, tunggu nanti bila dah lulus dia akan beritahu samada boleh ke tak .. huhu

      Padam
  5. Nmpk mcm skar je nk buat ni..hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement