Alhamdulillah, ada rezeki lagi dari Allah S.W.T menerusi pengiklanan blog Google Adsense. Tak banyak, tapi pasti ia dah lebih daripada USD100. Kalau ada yang tidak tahu, Adsense hanya akan release payment jika income sudah lepasi had minima iaitu USD100. Kalau anda salah seorang blogger yang ada iklan Adsense dalam blog tetapi belum terima apa-apa makluman pembayaran, ini bermakna pendapatan online menerusi Adsense belum lepasi had minima ini.

Syoknya dapat pembayaran Adsense kerana ia merupakan salah satu platform pengiklanan yang membayar dalam USD. Ini merupakan pembayaran buat kali ketiga sepanjang saya menggunakan Adsense di dalam blog-blog saya. Dan merupakan kali kedua saya terima setelah Adsense membenarkan blog berbahasa Melayu untuk buat permohonan pengiklanan Adsense.

Syoknya Dapat Pembayaran Google Adsense

Syoknya Dapat Pembayaran Google Adsense
Adsense memang cerewet. Jadi jika anda nampak mana-mana blog menggunakan Adsense sebagai platform pengiklanannya, maka blog tersebut telah disahkan mempunyai ciri-ciri kualiti yang memenuhi syarat ketat oleh Adsense.

Baca - 4 Tips Jana Wang Dari Blog Menerusi Adsense

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa saya telah mempunyai akaun Adsense sejak tahun 2007-2008 lagi. Namun, disebabkan blog-blog saya agak kurang trafik, maka income dari Adsense agak slow, sehinggalah pada tahun 2010 saya menggunakan Adsense untuk blog ini.

Beberapa Kali Kena Banned oleh Adsense

Keterujaan tersebut bagaimanapun tidak kekal lama. Blog ini beberapa kali telah kena banned oleh Adsense kerana dikatakan melanggar terma dan syarat pengiklanan. Antaranya ialah kandungan blog yang tidak original (copy-paste), memanipulasi kod Adsense untuk dapatkan klik iklan, perletakkan iklan Adsense yang dilakukan secara salah. Malah, blog ini pernah dibanned kerana menggunakan ayat-ayat berunsur 18sx sehingga menyebabkan saya terpaksa membuang beberapa artikel yang dianggap menjurus kepada kandungan tersebut.

Antara entri yang dipadam disebabkan oleh terma dan syarat ketat Adsense ini adalah mengenai kisah blogger yang buat aksi lu__ bernama Alvin. Begitu juga dengan entri-entri mengenai kebahgiaan rumahtangga suami isteri, kisah-kisah malam pengantin dan seumpamanya.

Boleh baca ini - Contoh Email Amaran dari Google Adsense

Awal-awal memang tiada masalah, tetapi team Adsense sentiasa memantau pemilik-pemilik akaun terutama pada blog yang secara tiba-tiba mendapat trafik yang berkali ganda daripada kebiasaan. Selalunya siasatan akan dilakukan sehingga pihak mereka menghantar email untuk berikan penjelasan mengenai isi kandungan yang telah diterbitkan.

Perlu Interaksi dengan Pihak Google Adsense

Alhamdulilah, segala perit kena banned, kena gantung akaun telah saya lepasi dengan jayanya. Apa yang telah saya lakukan ialah interaksi dengan pihak Adsense dari semasa ke semasa untuk memastikan apa yang saya tulis di dalam blog menepati terma dan syarat serta polisi pengiklanan yang telah ditetapkan.

Dan kerana itulah, saya memang akan rasa syok bila dapat pembayaran Google Adsense. Ia bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi saya merupakan seorang blogger yang masih lagi belajar cara buat duit dengan blog. Tak pandai guna trick dan tipu muslihat untuk jana income Adsense, maka apabila dapat lepasi had USD100 dan terima email notifikasi pembayaran; memang saya rasa puas dan tersenyum lebar ....

Jika anda nak belajar bagaimana nak dapat income menerusi Adsense, jangan lupa dapatkan panduan Jana Wang Adsense yang telah diperbaharui.

Semoga berjaya.

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Fuyyohh.. Tahniah HH. Aku baru tgh tnggu nk capai $100.. Agak lambat sedikit dngan traffic slow motion nie.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe .. pelan-pelan .. untung dapat iklan USD ni

      Padam
  2. Alhamdulilah HH. Duit raya jugak tu. ☺

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. best! Anyway, tq for sharing HH.

    BalasPadam
  4. baru lulus adsense peringkat pertama.. tak tahu la bila nak bagi full approval

    BalasPadam
  5. entah bilalah adsense saya nak cukup usd 100

    BalasPadam
  6. bro.. macam mana nak unban domain? kat domain x leh pakai adsense .. ada tips x bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buatlah rayuan berkali-kali, dan baca email yang dibalas oleh pihak Adsense, ada penerangan dalam email tu untuk unbanned balik.

      Padam
  7. blog saya baru ada beberapa sen usd.. baru sahaja dpt adsense Ramadhan baru ini.. hepy nya....

    BalasPadam
  8. blog saya baru ada beberapa sen usd.. baru sahaja dpt adsense Ramadhan baru ini.. hepy nya....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement