Tren ulang-alik yang dinamakan Shuttle Tebrau ini akan memulakan operasi mulai 1 Julai 2015 dengan 14 perjalanan setiap hari. Ia merupakan perkhidmatan keretapi dengan konsep free seating sama seperti perkhidmatan KTM Komuter.
Shuttle Tebrau - Jadual Perjalanan dan Kadar Tambang

- Perkhidmatan tren jarak dekat untuk sektor JB Sentral – Woodlands dan Woodlands – JB Sentral.
- Menggunakan konsep free seating
- Tidak mempunyai kemudahan tandas atau koc buffet di atas tren
- Kapasiti maksimum adalah 320 penumpang per trip
- Perkhidmatan sehari (pergi – balik)
- Setiap tren mempunyai 4 koc tempat duduk
- Tiada harga konsesi, bagaimanapun kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun tidak dikenakan caj.
- Harga tiket adalah :
- JB Sentral – Woodlands (MYR5.00)
- Woodlands – JB Sentral (SGD5.00)
- JB Sentral – Woodlands – JB Sentral (MYR10.00@SGD10.00 – tiket pergi balik)
- Tiket tidak boleh dibeli secara online.
- Tempahan tiket boleh dibuat 30 hari sebelum masa perjalanan di kaunter KTM Intercity yang terpilih.
- Tiket boleh dibeli menerusi 3 cara berikut:
- Kaunter KTM Intercity
- Telefon Call Center KTM
- Email Call Center KTM (callcenter@ktmb.com.my)
Untuk lebih maklumat mengenai KTM Shuttle Tebrau ini, bolehlah rujuk laman web rasmi KTMB ye .. hoho .. semoga bermanfaat dan dimanfaatkan sebaiknya.