Blog yang cepat dipaparkan tanpa perlu menunggu lama sangat penting bukan sekadar untuk memenuhi kriteria Search Engine Optimization (SEO) tetapi juga sangat penting agar pengunjung tidak perlu menunggu terlalu lama untuk membaca kandungan blog serba best anda. Kalau ikutkan sebuah blog perlu dipaparkan kurang dalam masa 10 saat, itupun dah cukup lama bagi seorang jejaka macam saya nak baca blog anda. Paling terbaik ialah kadar loading blog anda perlu dibawah 5 saat!

Perbaiki Kelajuan Blog Menerusi PageSpeed Insights
Untuk memastikan blog sentiasa berada di tahap terbaik, dengan tidak membiarkan pengunjung menunggu lama blog dipaparkan, maka saya sangat syorkan anda menggunakan PageSpeed Insights oleh Google Developer. Ia merupakan satu servis percuma untuk membantu pengendali laman web termasuklah blogger untuk perbaiki masa loading blog masing-masing.Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan URL blog anda di ruangan kekotak di laman PageSpeed Insights seperti ditunjukkan di bawah ini.



Pastikan Blog Capai Penilaian Lebih 80/100
Ia akan berikan petunjuk dalam bentuk nilai per 100 untuk kadar loading blog anda menerusi peranti mudah alih, dan juga untuk komputer biasa. Jika dapat hijau (80 ke atas) tu, dah kira oklah macam blog saya ni .. hehehehe (ketika entri ini ditulis). Kalau dapat kuning, pun boleh diterima iaitu bawah 80/100. Jika merah, itu tandanya blog anda sangat berat dan sukar dibuka jika kelajuan internet tak berapa nak power.Ok. Setiap analisis oleh PageSpeed Insights akan diberikan panduan untuk anda mengatasinya (jika perlu). Ia akan paparkan perkara-perkara yang perlu anda lakukan supaya mendapat penilaian yang lebih baik. Dengan berpandukan kepada penerangan yang diberikan - klik pada 'Show how to fix' pada setiap masalah yang diberikan, in Sha Allah, anda akan dapat perbaik kadar kelajuan loading blog anda.
Cuba lihat keputusan di bawah ini setelah saya mengikuti panduan yang diberikan. Saya hanya gunakan hanya SATU panduan dalam 'Show how to fix' dan berjaya naikkan lagi peratusan mobile speed blog saya.

Anda perlu ingat, zaman sekarang ramai yang buka internet dari peranti mudah alih, maka sangat penting kadar loading blog anda pantas dan tidak ambil masa lama untuk dipaparkan, jika tidak anda mungkin akan kehilangan pengunjung dan trafik blog anda mungkin akan merudum.
Semoga berjaya.
terima kasih bro HH . boleh la check blog punya jap
BalasPadamNak try lah nanti dan perbaiki apa yang patut.. terima kasih atas perkongsian...
BalasPadamTq. I do.
BalasPadambaru tau tools ni..:D
BalasPadamAha, dah tahu tips blogging ni, bolehlah cuba ye .. :)
Padamdah try..warna kuning..x lepas 80 :(
BalasPadamTak mencapai sasaran pula blog sy ni..huhu
BalasPadamdah try buat bro hasrul blog saya yg mobile kuning.. yang destop tu merah apa yang perlu saya buat ni
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.