Servis Shuttle Tebrau ini adalah untuk memudahkan orang ramai berulang-alik dari Malaysia ke Singapura, menerusi KTM Intercity khususnya untuk penduduk Johor Bharu dan Singapura yang mempunyai urusan di antara kedua negara ini. Ia juga adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar kesesakan di Tambak Johor.
KTM Perkenal Tren Shuttle JB Sentral - Woodlands


Masa Perjalanan dan Tambang Tren Shuttle Tebrau
Perkhidmatan ini akan bermula dari jam 5:30 pagi dan berakhir jam 10:00 malam setiap hari dari stesen JB Sentral; dan mulai jam 6:00 pagi hingga 11:00 malam dari stesen Woodlands, Singapura. Kadar tambang Shuttle Tebrau ini telah ditetapkan sebanyak RM5 perjalanan sehala dari JB Sentral, manakala dari Woodlands telah ditetapkan pada kadar SGD5 untuk perjalanan sehala.Untuk melihat info mengenai kadar tambang dan jadual perjalanan servis KTM Shuttle JB Central-Woodlands ini boleh rujuk sini - Jadual Perjalanan dan Kadar Tambang KTM Shuttle Tebrau
Buat penduduk di JB dan Singapura, manfaatkan servis KTM Intercity - Shuttle Tebrau ini dengan sebaiknya.
Sumber: KTM Berhad
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.