Untuk itu, sukacita dikongsikan kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri di Malaysia termasuklah Perlis, Kedah, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Jadual kadar pembayaran zakat fitrah ini turut memaparkan kadar bayaran zakat fitrah untuk negeri Sabah dan Sarawak untuk tahun 1436H/2015.
Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 1436H/2015

Negeri | Tahun 2015 (RM) (Terkini) | Tahun 2014 (RM) |
---|---|---|
Perlis | 6.50 | 6.50 |
Kedah | 7.00 | 7.00 |
Pulau Pinang | 7.00 | 7.00 |
Perak | 7.00 | 7.00 |
Selangor | 7.00 | 7.00 |
Negeri Sembilan | 6.50 | 6.50 |
Melaka | 6.70 | 6.70 |
Johor | 5.00/8.00* | 5.00/8.00 |
Pahang | 7.00 | 7.00 |
Terengganu | 7.40 / 6.80 / 4.60* | 7.60/7.00/4.50* |
Kelantan | 7.00 | 7.00 |
Sarawak | 7.00 | 7.00 |
Sabah | 7.00 | 7.00 |
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan | 7.00 | 7.00 |
Syarat-syarat Bagi Wajib Membayar Zakat Fitrah
- Orang Islam - pembayaran zakat hanya diwajibkan kepada orang-orang Islam sahaja.
- Mereka Yang Mempunyai Harta Yang Sempurna Milik - Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
- Harta Cukup Nisab - Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa.

Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah
- Waktu wajib - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Waktu yang paling afdhal - Sebelum solat sunat Aidil Fitri.
- Waktu sunat - Sepanjang bulan Ramadhan.
- Waktu makruh - Selepas solat sunat hari raya Aidil Fitri sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
- Waktu haram - Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Panduan Cara Membayar Zakat Fitrah
- Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Untuk mengetahui siapa amil di tempat anda, bolehlah rujuk dengan papan kenyataan masjid, surau atau di pejabat agama.
- Bayaran zakat juga boleh dibuat menerusi mana-mana kaunter bayaran zakat yang disediakan.
Semoga bermanfaat untuk semua, in Sha Allah.
terima kasih dengan perkongsian ni..
BalasPadamHahaha jangan sampai pi lafaz nak akad nikah udah ler
BalasPadamtahun ni rm6.50...salam ramadan n jgn lupa byr zakat
BalasPadamsalam ramadhan bro. terima kasih atas perkongsian
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.