Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menerusi laman facebook rasminya telah mengeluarkan satu peraturan baru berkaitan kod etika berpakaian apabila memasuki premis dan pejabat JPJ seluruh Malaysia. Menerusi kod etika pakaian terbaru oleh JPJ ini, mana-mana pelawat yang berpakaian tidak sopan, menjolok mata serta terlalu mendedahkan tubuh adalah dilarang untuk memasuki pejabat JPJ.

Menurut kenyataan tersebut, peraturan dan kod etika pakaian terbaru ini adalah selaras dengan prinsip kelima Rukun Negara yang menekankan soal kesopanan dan kesusilaan.

JPJ Keluar Kod Etika Pakaian Pelawat Terbaru

JPJ Keluar Kod Etika Pakaian Pelawat Terbaru
Pada pandangan peribadi saya, adalah sangat baik apa yang telah dilakukan oleh pihak JPJ. Saya sendiri telah beberapa kali berurusan di pejabat JPJ.

Memang ada segelintir golongan daripada masyarakat Malaysia yang datang ke pejabat JPJ dengan pakaian yang tidak sesuai. Malah, ada yang datang dengan hanya berbaju pagoda tanpa lengan, skirt pendek menampakkan peha gebu serta berbaju jarang.


Prinsip kelima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.

Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.
Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara.

Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.- JPJ

Semoga peraturan ini akan dipatuhi semua orang yang berurusan di pejabat JPJ. Orang lain yang datang pun akan rasa selesa, dan lebih menghormati semasa sendiri. In Sha Allah.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. jadi sila patuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ...

    BalasPadam
  2. Bagus juga buat macam.nie....
    Pelawat nie kadang2 ikut rentak.depa je nak berpakaian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Bukan semua orang sensitif hal macam ni, ada yang tak kesah pada pandangannya ok, tapi tidak pada orang lain.

      Padam
  3. Menarik ni bang, boleh saya kongsikan di blog saya, saya beri kredit url

    BalasPadam
  4. so, kena la patuhi.. tak perlu pertikaikan.. lain tempat lain peraturannya..

    thanks for sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manusia perlu peraturan supaya kehidupan lebih teratur, cuma mungkin sedikit dilonggarkan dalam keadaan tertentu.

      Padam
  5. Syabas JPJ. Semoleknya dihukum denda kepada yang langgar peraturan. Berpakaian yang sopan dan beradab termasuk dalam amalan berbudi bahasa. Kita bukan bangsa yang biadab. Jabatan dan kementerian lain juga patut berbuat sedemikian.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement